Home AM TASKA dibenarkan beroperasi berpandukan garis panduan KKM, KPWKM – Rina Harun
AMCOVID-19Wanita

TASKA dibenarkan beroperasi berpandukan garis panduan KKM, KPWKM – Rina Harun

Taman Asuhan Kanak-kanak (TASKA) sudah boleh beroperasi dan dinasihatkan agar pengusaha merujuk kepada Pejabat Kesihatan Daerah berdekatan terlebih dahulu bagi dibuat verifikasi sebelum operasi dimulakan.

Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rina Harun berkata, KPWKM telah membuat pembentangan dan mendapat kelulusan dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bagi panduan pencegahan penularan Covid-19 pasca perintah kawalan pergerakan (PKP) bagi keselamatan warga TASKA.

“Sehubungan dengan itu, taska-taska akan berpandukan kepada panduan ini dimana ianya telah ditambahbaik dengan mengambil kira pandangan dari pelbagai pihak dan demi kesejahteraan mereka yang terlibat.

“Panduan yang dibangunkan ini meliputi panduan menyeluruh pengoperasian taska bermula dari persediaan untuk membuka semula taska, semasa taska beroperasi dan selepas selesai sesi harian tersebut,” kata Rina sempena majlis penyampaian tanggungjawab sosial korporat (CSR) kepada KPWKM sempena PKP Covid-19 di Putrajaya pada Rabu, 3 Jun, 2020.

Tambah Rina lagi, bagi memastikan agar pengusaha taska mematuhi SOP ini, pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan KKM akan melakukan pemantauan dari semasa ke semasa ke atas taska-taska yang telah mula beroperasi.

“Diharapkan dengan pembukaan semula taska ini, dapat memberi kelegaan kepada para ibu bapa yang berkerja yang sebelum ini terkesan dengan penutupan taska akibat pandemik COVID19 dan PKP,” ujar Rina.

Di majlis ini, pihak KPWKM telah menerima sumbangan daripada tiga badan korporat yang berupa Set Personal Protective Equipment (PPE) daripada Briged Negaraku yang keseluruhannya berjumlah RM10,000.00 dan Persatuan Wanita Unity Malaysia (PERWIM) yang berjumlah RM12,000.00 berupa satu unit mesin pengimbas suhu manakala PROTASCO Berhad pula menyumbang pengimbas wajah bertopeng (UNV Intelligent Temperature Measurement Facial Control).

Sehingga kini, sebanyak 2,779 NGO telah memberikan sumbangan yang secara keseluruhannya bernilai RM 21,056,034.50 dan ini telah memberikan manfaat kepada 402,876 isi rumah.

Penyerahan kepada penerima berdasarkan aduan daripada JKM, Talian Kasih 15999, rujukan NGO dan juga rujukan pemimpin tempatan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMMY LNA

Zamri Misman dilantik sebagai Ketua Pengarah JPN baharu

PUTRAJAYA 24 Mac 2023 – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan bahawa Zamri...

AMEkonomiHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

PM hadiri Kenduri MENU RAHMAH

KUALA LUMPUR 20 Mac 2023 – Seramai 2,500 jemputan telah menghadiri kenduri...

AMHighlightsMY LNASains, Teknologi & Komunikasi

MCMC terus pantau kandungan jelik babitkan unsur 3R

CYBERJAYA 19 Mac 2023 – Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),...