Home MY LNA AM Lima orang Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang baharu dilantik – MEDAC
AMniaga

Lima orang Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia yang baharu dilantik – MEDAC

KUALA LUMPUR, 2 JUN 2020 – Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Dato Seri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaaffar pada hari ini mengumumkan pelantikan lima orang Ahli Lembaga Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) yang baharu.

Menurut Dr. Wan Junaidi menerusi kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini, mereka yang dilantik adalah YBhg Dato’ Mohammad Radhi bin Abd Razak, Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Keusahawanan) Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) , YBhg Dato’ Sri Mohd Amim bin A. Wahab (Sektor Korporat) YBrs Tn. Hj. Mat Deris bin Jusoh (Koperasi), YBrs En. Rusdi bin Ibrahim (Sektor Korporat) dan YBrs En. Shahrul Azhar bin Amir (Teknikal).

“Saya mengalu-alukan pelantikan Ahli Lembaga Pengarah SKM yang baharu dalam barisan kepimpinan dan berharap mereka akan dapat menyuntik semangat dan menjadi aspirasi untuk SKM terus mencapai kecemerlangan menyumbangkan pengalaman dan buah fikiran kepada pembangunan gerakan koperasi negara ini serta bersedia menggalas setiap amanah yang diberikan” kata Dr. Wan Junaidi.

Pelantikan ahli-ahli lembaga pengarah tersebut adalah bagi tempoh dua tahun iaitu bermula 16 Mei 2020 sehingga 15 Mei 2022. Turut hadir dalam penyerahan watikah ini ialah YBhg Datuk Nordin bin Salleh, Pengerusi Eksekutif Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Other News

Related Articles

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah tanpa menyakiti

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Islam merupakan agama yang damai...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNA

Jiwa suci asas rohani Islami

Oleh: Dr. Khairulnizam Mat Karim Arus kemodenan dunia yang semakin menggila kini...

AMKeselamatanMY LNAUTAMA

Persefahaman Serantau diteruskan untuk Pengukuhan Kerjasama Keselamatan Maritim

PUTRAJAYA, 23 November – Pertemuan dengan beberapa wakil kedutaan melalui siri kunjungan...