AMPolitik @ My LNA

Hentikan Politik Tidak Bermaruah – ABIM

101

2 Jun 2020 – Perkembangan politik semasa yang menyaksikan perebutan kuasa yang berlaku hanya dilihat menguntungkan segelintir kelompok elitis berkepentingan. Malah konflik ini hanya mengakibatkan rakyat akan terus menghadapi kepayahan di sebalik polemik yang berlaku.

Menurut Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Muhammad Faisal Abdul Aziz, ABIM menilai permainan politik ini adalah sesuatu yang tidak bermaruah dan bermoral dengan budaya kotor tawar menawar lantikan politik demi memenuhi kepentingan kelompok tertentu yang sedang berlaku sepertimana yang banyak dilaporkan semenjak kebelakangan ini. Secara jelas ia sama sekali tidak akan menguntungkan masa depan tanah air.

“Pergolakan politik yang berlaku hari ini jelas menampakkan bahawa suara rakyat yang diterjemahkan menerusi pilihanraya umum telah dipijak dan diperlekeh oleh mereka yang mementingkan survival kekuasaan semata-mata.” ujar Faisal di dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

Tambah Faisal, ABIM meyeru agar seluruh ahli politik harus bertanggungjawab atas ketidakstabilan politik yang berlaku sebagai komitmen mengutamakan kepentingan rakyat dengan mengambil inisiatif bersama untuk menggubal undang-undang bagi menghalang gejala mempermain mandat rakyat daripada berulang kembali. Ini termasuklah menggubal dan meminda undang-undang untuk memberi kuasa kepada pengundi di sesuatu kawasan untuk melucutkan Ahli Parlimen menerusi mekanisme tertentu seperti petisyen dan pungatan suara atau mana-mana mekanisme bersesuaian sekiranya Ahli Parlimen gagal menghormati mandat yang diberikan menerusi pilihanraya atau terlibat dengan sebarang perlakuan jenayah serta melanggar undang-undang negara.

“ABIM mengetengahkan contoh Recall of MPs Act 2015 di UK (Akta Pelucutan Ahli Parlimen) sebagai model, sekiranya undian petisyen untuk memaksa seseorang ahli Parlimen meletakkan jawatan mencapai kadar jumlah tertentu yang ditetapkan, maka seseorang Ahli Parlimen wajib letak jawatan dan Pilihan Raya Kecil bakal diadakan.

Saranan ini setidaknya akan memberi kuasa yang lebih besar kepada rakyat untuk berperanan bagi mengelakkan permainan mandat rakyat kembali berulang apabila budaya kotor tawar menawar berlaku.” jelas Faisal.

Yang kedua, ABIM juga menggesa seluruh warga khasnya ahli politik memberi fokus bekerja dengan lebih giat untuk menjayakan pemulihan ekonomi negara yang terkesan teruk ekoran faktor domestik dan faktor global. Kegawatan kewangan dan ekonomi rakyat khususnya kelompok belia – anak muda, warga berpendapatan rendah, dan rakyat terpinggir harus diberikan perhatian oleh semua pihak dengan kadar segera.

“Seterusnya, para pemimpin politik juga digesa untuk memberi komitmen terhadap agenda reformasi khususnya dalam memulihkan ketelusan sistem pentadbiran negara bagi mengelakkan sebarang kepincangan, ketirisan, kewenangan, salahguna kuasa dan rasuah terus berleluasa dalam kalangan mereka yang berkuasa.

Dalam masa yang sama, prinsip pengasingan kuasa harus diperkasakan, termasuklah memastikan kapasiti dan kuasa Peguam Negara dan seluruh institusi penguatkuasaan bebas daripada pengaruh serta kuasa eksekutif ataupun ahli politik. Ini termasuklah janji YAB Perdana Menteri kepada rakyat untuk seluruh anggota Kabinet mengisytiharkan harta dengan telus dan secara terbuka.” tegas Faisal.

Kata Faisal lagi, ABIM bersama-sama rakyat Malaysia sentiasa konsisten dengan komitmen untuk memulihkan imej negara di mata dunia sebagai negara yang bermaruah, berintegriti dan berdaulat.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

BERSIH mahu perbicaraan pengampunan Najib dibuat secara terbuka

KUALA LUMPUR, 18 April 2024 – Susulan keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Syawal ceria apabila adab dijaga

Oleh: Prof Madya Dr Aizan Ali@ Mat Zin Syawal merupakan bulan kemenangan...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Shikoku, Jepun

Satu kejadian gempa bumi kuat telah berlaku di Shikoku, Jepun pada jam...