Home AM ABIM UCAP SELAMAT HARI BELIA NEGARA 2020
AM

ABIM UCAP SELAMAT HARI BELIA NEGARA 2020

Assalamu’alaikum warahmatullah wabarakātuh.

“Dan kami teguhkan hati mereka ketika mereka berdiri (di hadapan pemerintah zalim dan sombong) lalu mereka berkata, “Tuhan kami adalah Tuhan langit dan bumi; kami tidak menyeru Tuhan selain Dia. Sesungguhnya jika kami melakukan sedemikian, kami telah memgucapkan perkataan yang sangat jauh dari kebenaran.”

Ayat ke-14 dalam Surah al-Kahfi ini secara jelas menggambarkan idealisme perjuangan pemuda al-Kahfi yang kukuh terpasak dalam jiwa mereka, tidak sama sekali berundur daripada bersama kebenaran, walau berhadapan risiko penindasan pemerintah yang bongkak, disertai majoriti pengikut yang dibutakan oleh nafsu dunia.

Semoga kita dapat meneladani prinsip perjuangan kelompok pemuda al-Kahfi dalam menegakkan keyakinan kita terhadap kebenaran dilunasi keimanan kepada Allah yang Maha Esa.

Kepada Allah Subhanahu wa-ta’ala kita berserah dan kembali.

Selamat Hari Belia buat seluruh anak muda Malaysia.

Belia Bertindak Untuk Kebenaran dan Keadilan. Dekad Ini, Dekad Anda!

Sdr. Muhammad Faisal Abdul Aziz,
Presiden,
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsPolitik

PH-BN GABUNG FORMULA TAWAN KEDAH 

ALOR SETAR, 5 Jun – Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN)...

AMHighlightsMerdekaMY LNA

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 – BUAL BICARA KHAS BERSAMA HANNAH YEOH

PROGRAM KUARTET MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023...

AMHighlightsMY LNAPolitik

BN KEDAH SARAN GUNA SALURAN RUNDINGAN SELESAIKAN ISU KEDAH-PULAU PINANG

KUALA NERANG, 3 Jun – Kerajaan negeri Kedah disaran menggunakan kaedah rundingan...