AMEkonomi @ My LNANiaga @ My LNA

Kerjasama strategik program DesaMall@KPLB dijangka membantu usahawan luar bandar menjana pendapatan lebih tinggi

107

Usahawan-usahawan kecil khususnya usahawan luar bandar dipelawa untuk menyertai Program DesaMall@KPLB ini untuk menjana pendapatan lebih tinggi menerusi pemasaran produk secara dalam talian.

Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) berkata, DesaMall@KPLB adalah inisiatif KPLB yang bertujuan membantu usahawan luar bandar memasarkan produk mereka melalui platform e-Dagang seperti PrestoMall (dahulunya dikenali sebagai 11street), Lazada, Shopee dan eBay.

“Bagi meluaskan lagi pasaran bagi usahawan luar bandar, Program DESAMALL@KPLB dengan Grab Malaysia telah bersetuju untuk bekerjasama untuk membantu usahawan luar bandar dalam menjana pendapatan dan menambah peluang meningkatkan hasil jualan dengan cara penghantaran produk yang lebih berkesan dan cekap menerusi platform GrabMart dan GrabFood.

“Elokal Sdn Bhd adalah merupakan pentadbir kepada Program Desamall@KPLB dimana syarikat Elokal berfungsi sebagai pemudahcara diantara KPLB dan usahawan luar bandar yang menyertai program ini meliputi penyediaan latihan pemasaran ke platform eDagang, pengurusan stok daripada usahawan luar bandar, pengurusan Stock Keeping Unit, pengurusan pesanan, pengurusan pembayaran dan juga pengurusan penghantaran produk kepada pembeli,” kata KPLB menerusi satu kenyataan hari ini.

Menurut KPLB, perkongsian strategik ini dilaksanakan bertujuan membantu meringankan bebanan usahawan luar bandar khususnya yang terjejas dalam menghadapi impak ekonomi daripada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) akibat penularan wabak CoVid-19 serta kemudahan ini dapat memberi lebih banyak pilihan untuk pembeli untuk membeli atas talian menggunakan GrabMart dan GrabFood.

Tambah KPLB lagi, perkongsian strategik ini juga adalah bagi menyahut seruan kerajaan bagi mengurangkan penularan wabak ini dengan melaksanakan urusan perniagaan secara dalam talian dan seterusnya mengurangkan risiko jangkitan wabak tersebut.

“Sebagai penggerak teknologi dan penyokong ekonomi digital, Grab telah mengambil pendekatan terbaik dan membuat beberapa penyesuaian sama ada melalui inovasi atau digitalisasi perniagaan tradisional yang akan membolehkan usahawan kecil menyesuaikan diri, kekal berdaya tahan dan bertahan dalam tempoh yang mencabar ini.

“Pengembangan perkhidmatannya di GrabMart dan GrabFood adalah untuk merapatkan jurang digital, terutama bagi ushawan luar bandar yang kurang mendapat akses dan peluang untuk menyertai ekonomi digital.

“Ini bertujuan untuk membolehkan pengusaha mikro ini memanfaatkan ekonomi digital untuk melayani lebih ramai rakyat Malaysia dan juga meningkatkan peluang pendapatan mereka,” ujar KPLB.

Sehubungan dengan itu, inisiatif ini akan diperluaskan kepada agensi-agensi dan Lembaga Kemajuan Wilayah di bawah KPLB seperti RISDA menerusi RisSMart dan FELCRA menerusi HeMAT secara berfasa, jelas KPLB.

“Sebagai permulaan, tiga lokasi pick up points bagi GrabMart ialah di Kelana Jaya, Batu Caves dan Putrajaya yang menawarkan pilihan 100 produk dari kategori Barangan Runcit, kategori Barangan Kecantikan dan Kesihatan serta kategori Barangan Bayi dan Kanak-kanak tersedia untuk pembelian oleh pengguna sekitar lokasi ini.

“Manakala bagi tujuan kerjasama di platform GrabFood, KPLB akan memperkenalkan Dapur DesaMall@KPLB yang akan beroperasi dari Kafetaria KPLB dimana masakan panas yang disediakan akan dipakejkan dengan produk-produk usahawan DesaMall@KPLB yang bersesuaian dan pembeli dengan radius 6.5km boleh menikmati pilihan ini.

“Pada masa kini, terdapat 1000 usahawan luar bandar yang telah memanfaatkan Program DesaMall@KPLB sebagai sebuah platform untuk memasarkan produk dan barang-barang yang dihasilkan oleh mereka secara dalam talian,” kata KPLB.

KPLB turut menjelaskan, sejak dilancarkan pada akhir 2017, Desamall@KPLB telah mencatatkan jumlah jualan usahawan luar bandar sebanyak RM 1.29 juta dengan 1,316 produk dan 21,000 ribu SKU (Stock Keeping Unit) yang dipasarkan.

Tambah KPLB lagi, menerusi perkongsian strategik bersama Grab Malaysia pula akan membuka peluang pekerjaan terutama kepada masyarakat di luar bandar sekaligus mampu menjana ekonomi kendiri.

“KPLB akan terus bekerjasama dengan pihak-pihak swasta bagi membolehkan pelbagai kerjasama strategik seumpama ini dirangka pada masa hadapan seterusnya memberikan manfaat kepada rakyat.

“Keutamaan kerajaan pada masa kini adalah membuka lebih banyak peluang dalam bidang usahawan secara dalam talian serta mewujudkan peluang pekerjaan berbentuk “ekonomi gig” bagi membantu rakyat terutama selepas pasca Covid-19.

“Pelbagai inisiatif juga sedang dirangka oleh kerajaan bagi membantu rakyat terutama masyarakat luar bandar dalam mengharungi situasi ekonomi yang mencabar,” tambah KPLB.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Perindahkan hari raya dengan kesederhanaan

Oleh: Dr Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar Benar, Ramadan baru sahaja berlalu....

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNAUTAMA

Penjual Kerepek Capai 80% Peningkatan Jualan dengan Shopee Live

KUALA LUMPUR, 19 April 2024 – Mengenal pasti potensi berkembang strim langsung,...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Palestin dan hakikat kemenangan Aidilfitri

Dr. Mohd Istajib Mokhtar Dalam pada kita bergembira menyambut hari raya di...