AM

Lebih 1.5 juta isi rumah bermanfaat hasil agihan bakul makanan sepanjang tempoh PKP, PKPB – Rina Harun

107

PUTRAJAYA 14 Mei 2020 – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah menyelaraskan pengagihan sebanyak 388,897 bantuan bakul makanan yang dianggarkan membawa manfaat kepada sejumlah 1.56 juta isi rumah di seluruh negara melalui peruntukan Kementerian Kewangan dan dana Tabung Covid-19.

Menteri Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata, jumlah ini tidak termasuk sumbangan pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO), korporat dan lain-lain yang turut diselaraskan proses pengagihannya oleh JKM di mana ianya telah diagihkan sepanjang tempoh pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) bermula 18 Mac 2020 hingga setakat 13 Mei 2020.

“KPWKM merakamkan ucapan penghargaan kepada semua petugas yang terlibat dalam operasi pengagihan bantuan sepanjang tempoh PKP dan PKPB. Seramai 4,293 petugas JKM telah terlibat dalam operasi ini dengan dibantu oleh petugas RELA, Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan pelbagai pihak yang lain.

“Susulan pengumuman lanjutan pelaksanaan PKPB sehingga 9 Jun 2020, pengagihan bantuan bakul makanan akan diteruskan memandangkan masih terdapat aduan dan permohonan yang diterima oleh pihak JKM,” kata Rina menerusi satu kenyataan dari Putrajaya, hari ini.

Menteri itu juga turut berkata, mengambil kira penyaluran bantuan tunai kerajaan melalui Bantuan Prihatin Nasional (BPN) telah bermula, bantuan bakul makanan dalam tempoh PKPB difokuskan kepada kumpulan sasar yang lebih khusus.

“Ini meliputi golongan memerlukan yang masih terjejas atau terhenti punca pendapatan dalam tempoh PKPB dan penduduk kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

“Sehubungan dengan itu, bagi mengenal pasti golongan sasar ini, KPWKM dan JKM mengalu-alukan maklum balas daripada semua pihak.

“Maklumat boleh disalurkan kepada Pejabat Kebajikan Masyarakat Negeri dan Daerah di seluruh negara atau melalui Bilik Gerakan JKM di talian 03-83231996 Bilik Gerakan JKMN (seperti di lampiran) dan Talian Kasih 15999,” kata Rina.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...