Home AM PKP : Kempen Memerangi COVID-19 Bersama KKMM
AMCOVID-19Sains, Teknologi & Komunikasi

PKP : Kempen Memerangi COVID-19 Bersama KKMM

24 April 2020 – Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, YB Datuk Zahidi Zainul Abidin mengumumkan bahawa Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) akan melaksanakan Kempen Memerangi COVID-19 Bersama KKMM. Ini selaras dengan pengumuman kerajaan semalam di mana tempoh arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilanjutkan ke 12 Mei 2020.

Sumber Foto : Facebook Rasmi KKMM

“Saya percaya sejak PKP berkuat kuasa, masyarakat Malaysia terutamanya di Lembah Klang lebih selesa membuat pembelian menerusi aplikasi dalam talian.

Justeru, menerusi kempen yang akan dijalankan sehingga PKP berakhir ini,
masyarakat Malaysia tidak kira pekerja barisan hadapan mahupun orang awam akan diberi lebih kesedaran berkenaan kepentingan penjagaan kebersihan dan menggalakkan mereka untuk terus kekal di rumah bagi mencegah penularan pandemik COVID-19.” kata Zahidi menerusi kenyataan media hari ini.

Menurut beliau lagi, pihak KKMM akan mengedarkan sebanyak 20,000 unit Pek Kesedaran yang mengandungi topeng muka, risalah, pelekat dan magnet peti ais COVID-19 kepada pekerja barisan hadapan Grabfood riders sementara 100,000 unit Pek Kesedaran lagi akan diedarkan kepada pelanggan Grab.

Dalam pada itu, Zahidi juga mengambil kesempatan mengucapkan selamat menjalani ibadah Ramadhan kepada semua rakyat yang beragama Islam.

“Sepanjang bulan Ramadan ini, marilah kita merebut peluang untuk memperbanyakkan amal ibadah serta amal jariah. Terus kekal berada di rumah dengan menjadi pengguna Internet yang bijak bagi memutuskan rantaian COVID-19.

Saya berharap agar kita dapat meneruskan ibadah puasa kali ini dengan penuh niat untuk mengawal diri bukan sahaja daripada lapar dan dahaga tetapi juga terhindar daripada perbuatan menyebarkan berita palsu.” ujar Zahidi.

Semalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 71 kes baharu positif COVID-19 dan sejumlah 90 kes sembuh. Manakala terdapat 2 kematian dan ini menjadikan kes kematian keseluruhan di negara ini berjumlah sebanyak 95.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPerumahanSDGS

KPKT Komited Menyokong Usaha Malaysia Meningkatkan Kemampanan Ekonomi Setempat Sejajar Dengan Agenda SDGs 2030

BANGKOK, THAILAND, 27 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor...

AMDSISHighlightsKebajikanMY LNA

Ismail Sabri santuni anak-anak Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

27 Mac 2023 – Mantan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob...

AMBizEkonomiMY LNAPengguna

Bengkel Motosikal Tawar Tayar Harga Rahmah RM5

KAJANG, 26 Mac 2023 – Dengan niat untuk meringankan beban pengguna, sebuah...

AMIsu SemasaMY LNA

Phoong komited selesaikan Project Star City yang lama terbengkalai

SABAH 25 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Perindustrian & Keusahawanan Sabah, Phoong...