COVID-19 @ My LNANiaga @ My LNA

COVID-19 : SME Bank agih zakat RM300,000 dan sumbangan korporat RM50,000

79

KUALA LUMPUR 7 April 2020 – Sebagai menunaikan tanggung jawab korporatnya, SME Bank telah mengagihkan sumbangan zakat berjumlah RM300,000 dan sumbangan korporat berjumlah RM50,000 untuk mereka yang berkorban masa dan nyawa di barisan hadapan demi memastikan rakyat Malaysia selamat dan dilindungi dengan baik bersama keluarga mereka semasa menghadapi penularan wabak COVID-19.

“Sumbangan zakat berjumlah RM300,000 serta sumbangan korporat sebanyak RM50,000 ini sudah pasti akan membantu meringankan beban Kerajaan yang sangat memerlukan dana bagi menyediakan kemudahan infrastruktur dan perubatan pada waktu negara sedang dilanda krisis COVID-19 ini. Inisiatif yang diambil oleh SME Bank ialah respons kepada seruan Kerajaan agar semua agensi dan badan bukan Kerajaan berganding bahu dalam membantu Kerajaan melawan pandemik COVID-19 ini.” kata Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB. Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar di dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh SME Bank hari ini.

Menurut SME bank lagi, wang zakat telah disalurkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) dan Kementerian Kesihatan Malaysia sebanyak RM100,000 masing-masing manakala Hospital Serdang dan Hospital Universiti Sains Malaysia; Hospital Sg Buloh serta Hospital Kuala Lumpur melalui Persatuan Institusi Perbankan dan Kewangan Islam Malaysia (AIBIM); serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menerima sebanyak RM25,000 ribu setiap organisasi menjadikan jumlah keseluruhannya sebanyak RM300,000. Bagi wang sumbangan RM50,000 pula, ianya telah diberikan untuk inisiatif #responsMalaysia di bawah kendalian Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia.

““SME Bank telah memilih organisasi ini untuk menyalurkan zakat dan sumbangan korporatnya memandangkan organisasi ini berada di barisan hadapan untuk membantu memerangi COVID-19. Secara ringkas, dana ini akan digunakan untuk pembelian peralatan perubatan khas para petugas barisan hadapan kesihatan bagi merawat pesakit COVID-19 serta membantu meringankan beban mereka yang terputus pendapatan akibat Perintah Kawalan Pergerakan.

Selain itu, sumbangan terus kepada Hospital Sg. Buloh dan Hospital Kuala Lumpur melalui AIBIM juga akan digunakan bagi membiayai pembelian peralatan perlindungan peribadi (PPE), lain-lain peralatan kesihatan, bahan-bahan sanitasi serta kelengkapan hostel bagi pekerja barisan hadapan.” kata Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail.

Sumbangan zakat SME Bank kepada NADMA telah disampaikan oleh Wan Junaidi kepada Encik Mohamed Zahari Bin Razali, Timbalan Ketua Pengarah (Pasca Bencana), NADMA di sebuah majlis di Kuala Lumpur. Tahun lepas, SME Bank turut mengagihkan zakat berjumlah RM1.16 juta kepada lapan rakan strategiknya yang terdiri daripada tiga hospital awam dan lima institusi pengajian tinggi awam sebagai usaha membantu golongan asnaf yang disasarkan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNAUTAMA

Shopee Mengukuhkan Keyakinan Pembeli dengan Program Jaminan Tepat Waktu

KUALA LUMPUR, 22 April 2024 – Kajian pasaran ‘Masa Hadapan Membeli-belah: Menawan...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNAUTAMA

Penjual Kerepek Capai 80% Peningkatan Jualan dengan Shopee Live

KUALA LUMPUR, 19 April 2024 – Mengenal pasti potensi berkembang strim langsung,...

Biz @ My LNABM @ MY LNANiaga @ My LNA

SCIB dan Awana Tandatangani Perjanjian Baru, Menjamin Kontrak Eksklusif untuk Projek PPAM Mualim

KUCHING, SARAWAK, 15 APRIL 2024 – Pakar sistem bangunan perindustrian, Sarawak Consolidated...

Biz @ My LNABM @ MY LNAGaya Hidup @ My LNANiaga @ My LNAUTAMA

Gen Z Percaya Pendapat Pengguna dan Pakar di Shopee

KUALA LUMPUR, 15 April 2024 – Hasil tinjauan ‘Masa Hadapan Membeli-belah: Menawan...