Home AM IMPACT MALAYSIA lancar kempen “#IMPACTTOLONGHANTAR”
AMCOVID-19

IMPACT MALAYSIA lancar kempen “#IMPACTTOLONGHANTAR”

24 Mac 2020 – Kempen #ImpactTolongHantar telah dilancarkan oleh Impact Malaysia semalam sebagai usaha kolaboratif untuk membantu rakyat Malaysia yang memerlukan akses kepada makanan dan bekalan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurut Impact Malaysia di dalam kenyataan media semalam, pihaknya sedar akan cabaran logistik dan penghantaran semasa tempoh PKP yag dihadapi oleh pihak Badan Bukan Kerajaan (NGO). Jesteru itu, pihaknya mengambil kangkah memperkenalkan platform perkhidmatan penghantaran yang boleh digunakan oleh NGO dan aktivis untuk menghantar makanan dan keperluan asas ke rumah-rumah penerima manfaat dengan selamat, sambil mengekalkan prinsip penjarakan sosial yang telah disarankan.

“Melalui kempen “#ImpactTolongHantar”, Impact Malaysia bekerjasama dengan rakan-rakan penghantaran seperti TheLorry & Bungkusit, pembekal seperti Pak Grocer, MyGroser & Mydin untuk membantu NGO seperti Kechara Soup Kitchen dan NGOHub untuk menghantar bekalan makanan kumpulan penerima manfaat.

Di samping itu, sebuah projek khas untuk membekalkan makanan dan bekalan kering kepada pegawai-pegawai PDRM Selangor yang berkhidmat di barisan hadapan juga dilancarkan oleh Impact Malaysia hari ini (semalam).

Impact Malaysia menggalakkan rakyat Malaysia yang ingin menderma untuk membantu mereka yang bekerja di barisan hadapan, secara langsung dan tidak langsung dalam membanteras COVID-19, dan mereka yang memerlukan bantuan dan sokongan untuk menghubungi Impact Malaysia di https://impact.my/tolong-hantar-bm.” jelas Impact Malaysia.

Dalam pada itu Impact Malaysia turut menyokong program bantuan yang dianjurkan oleh organisasi lain semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Malaysia.

“Sekiranya anda ingin menyalurkan sumbangan menerusi kolaborasi bersama kami, sila hubungi Impact Malaysia di talian +603-8064-4472 atau e-mel kami di connect@impact.my.” tambah Impact Malaysia.

Untuk makluman, Impact Malaysia merupakan inisiatif daripada Impact Integrated, sebuah syarikat di bawah naungan Kementerian BeIia & Sukan (KBS). Ia diwujudkan bertujuan untuk menyemarakkan impak sosial yang dipacu golongan belia, melalui model pelbagai pemegang-taruh termasuklah komuniti, NGO, masyarakat sivil, organisasi kedermawanan, syarikat korporat, inovator sosial dan teknologi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMPendapat

KENAPA MASIH ADA RAMAI MANGSA BANJIR PALOH TAK TERIMA BANTUAN?

Saya mempunyai senarai nama orang Paloh yang masih belum terima wang bantuan...

AMEkonomiHighlightsMY LNA

Anwar adakan sesi dialog dengan pemimpin perniagaan, badan pengawal selia dan ahli ekonomi

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 – Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Dato’ Seri...

Alam SekitarAMHighlights

Orang ramai diingatkan tidak lakukan pembakaran terbuka

30 Mei 2023 – Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim,...

AMMY LNA

Rodzi Md Saad pengarah baharu MAMPU

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 – Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia...