AMCOVID-19 @ My LNAEkonomi @ My LNAKesihatan @ My LNANiaga @ My LNA

COVID-19 : PKS, Perusahaan Mikro dan koperasi terus dibantu kerajaan – Wan Junaidi

121

Kuala Lumpur 23 Mac 2020 – Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) amat prihatin terhadap impak dan kesan penularan Covid19 ke atas usahawan perusahaan kecil dan sederhana (PKS), perusahaan mikro dan koperasi yang menerima kesan secara langsung dari pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan oleh Kerajaan sejak 18 Mac 2020 hingga 31 Mac 2020.

Menurut Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, YB Dato Sri Dr. Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar dalam kenyataan media semalam, MEDAC
telah mengambil beberapa langkah proaktif dan pengumuman dalam memberi penangguhan sementara bayaran balik komitmen pembiayaan usahawan dan koperasi di bawah Bank Rakyat, TEKUN Nasional dan SME Bank mulai 16 Mac 2020 bagi meringankan beban dan membantu usahawan yang terlibat.

Langkah-langkah yang diambil oleh MEDAC meliputi :

  1. Penangguhan Bayaran Balik, Bantuan Pembiayaan, Pengeluaran Penuh Simpanan serta Penjadualan Semula Pembiayaan.
  2. Pengecualian Sewa Atau Pengurangan Sewaan Bangunan.
  3. Pembiayaan Perniagaan.
  4. Latihan Keusahawanan dan Perniagaan.
  5. Kelulusan Pendaftaran Sijil Taraf Bumiputera.

Butiran-butiran mengenai langkah-langkah tersebut serta agensi-agensi yang terlibat adalah seperti berikut :

Penangguhan Bayaran Balik, Bantuan Pembiayaan, Pengeluaran Penuh Simpanan serta Penjadualan Semula Pembiayaan.

TEKUN Nasional

  1. Semua usahawan TEKUN yang masih dalam tempoh pembiayaan layak untuk diberi penangguhan bayaran balik pembiayaan maksimum sehingga enam (6) bulan.
  2. Bantuan berbentuk pembiayaan bertindih (overlapping) dengan penambahan amaun pembiayaan daripada baki pembiayaan sedia ada boleh diberikan kepada usahawan TEKUN Nasional yang terjejas dengan nilai maksimum sehingga RM10,000.
  3. Usahawan juga dibenarkan pengecualian khas untuk mengeluarkan keseluruhan simpanan. Pengeluaran simpanan adalah tertakluk kepada baki simpanan pembiayaan terdahulu dan penge luaran simpanan bagi pembiayaan semasa (sekiranya ada) adalah tidak dibenarkan.
  4. Dijangka 20,000 usahawan TEKUN akan dapat menggunapakai bantuan ini dengan anggaran kos sebanyak RM180 juta.
Sumber Foto : Facebook Rasmi MEDAC

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

  1. Koperasi diberi tambahan tiga (3) bulan untuk mengadakan Mesyuarat Agong Tahunan yang memberi manfaat kepada 14,600 koperasi.
  2. Koperasi juga boleh memohon penangguhan bayaran balik pembiayaan Tabung Modal Pusingan (TMP JPK) serta lain lain pembiayaan sedia ada oleh SKM. Penangguhan ini akan diberi pertimbangan sewajarnya dan dijangka melibatkan anggaran kos sebanyak RM16.5 juta.
Sumber Foto : Facebook Rasmi MEDAC

Bank Rakyat

  1. Menawarkan moratorium kepada individu dan syarikat dalam industri yang terjejas seperti penerbangan, pelancongan dan pengangkutan dengan tempoh penangguhan selama enam (6) bulan.
  2. Pengurangan sebanyak 50% kadar keuntungan untuk pengeluaran wang tunai berbanding 18% kadar sebelumnya.

SME Bank

Inisiatif penangguhan pembayaran selama enam (6) bulan serta penstrukturan semula pinjaman mengikut kes yang dijangka akan memberi manfaat kepada lebih 2,800 pelanggan SME Bank dengan nilai pembiayaan berjumlah RM4.5 bilion.

Pengecualian Sewa Atau Pengurangan Sewaan Bangunan

UDA Holdings Bhd.

  1. Pengecualian atau pengurangan sewa kepada penyewa premis dan ruang milik UDA Holdings Bhd dan seramai 1,500 penyewa dijangka dapat menerima manfaat dari bantuan ini dengan melibatkan kos sebanyak RM4 juta.
Sumber Foto : Facebook Rasmi MEDAC

Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM)

Koperasi diberi pertimbangan pengurangan sewaan bangunan yang diurus SKM sehingga maksimum 50% untuk tempoh masa tertentu.

Malaysian Global Innovation and Creativity Centre (MAGIC)

Pengecualian sewa selama lima (5) bulan kepada penyewa Co-Working Space (CWS) di MAGIC, Cyberjaya dan B744 Kuching yang akan memberi manfaat kepada 50 usahawan.

SME Bank

Memberi penangguhan sehingga enam (6) bulan bagi sewaan Kompleks Premis Usahawan SME Bank melibatkan 248 penyewa dengan penjimatan kos sewaan berjumlah RM2.3 juta.

Pembiayaan Perniagaan

Bank Rakyat

Menyediakan pembiayaan tambahan berjumlah RM200 juta bagi menampung keperluan koperasi serta perusahaan mikro dan PKS mulai 23 Mac 2020, tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Sebanyak 500 koperasi dan 2,000 mikro PKS akan dapat menikmati faedah pembiayaan ini. Program pembiayaan adalah merangkumi Program Pembiayaan Khas BizCare bagi usahawan PKS, mikro dan koperasi serta Program Pendahuluan Tunai Kad Kredit-i.

SME Bank

Membantu dalam bentuk pembiayaan sehingga RM1 juta untuk tempoh 5.5 tahun pada kadar 3.75% kepada usahawan yang layak di bawah skim Special Relief Facility (SRF) yang diperuntukkan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Latihan Keusahawanan dan Perniagaan

  1. Latihan dan program keusahawanan dan perniagaan akan diteruskan secara talian oleh INSKEN, Magic dan Institut Koperasi Malaysia (IKM).
  2. Pemulangan semula yuran pendaftaran bagi pembatalan program oleh INSKEN.

Kelulusan Pendaftaran Sijil Taraf Bumiputera

Pendaftaran sijil taraf bumiputera akan diluluskan walaupun siasatan premis belum dilakukan. Selepas tarikh tersebut, siasatan akan dilaksanakan semula dan lesen pendaftaran akan dibatalkan bagi syarikat yang tidak memenuhi taraf bumiputera.

Tambah Wan Junaidi, dengan pengumuman ini diharapkan usahawan PKS, mikro dan koperasi dapat menjalani tempoh PKP dengan positif serta yakin bahawa Kerajaan sentiasa prihatin dengan isu yang melibatkan usahawan seluruh negara. Sebarang pertanyaan berhubung perkara tersebut bolehlah layari di www.medac.gov.my dan butiran lanjut berhubung tindakan segera oleh agensi di bawah MEDAC seperti di LAMPIRAN.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...