Home AM PENDEDAHAN LOKMAN ADAM BUKTI MUAFAKAT NASIONAL CELARU
AMKenyataan MediaPolitik

PENDEDAHAN LOKMAN ADAM BUKTI MUAFAKAT NASIONAL CELARU

Pendedahan yang dibuat oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Lokman Nor Adam yang turut menggesa Presiden UMNO Datuk Seri Zahid Hamidi supaya meletakkan jawatan adalah bukti jelas bahawa Muafakat Nasional sejak dari awal menghadapi masalah kecelaruan identiti dan saling tidak percaya antara satu sama lain.

Perkara ini harus diambil sebagai petunjuk penting bahawa parti yang berada dalam Muafakat Nasional terutamanya UMNO dan PAS tidak mempunyai persefahaman yang baik dan hanya memikirkan survival politik masing-masing.

Selain itu, dalam rakaman yang didedahkan juga menunjukkan PAS telah memberi isyarat bahawa kesepakatan yang dibuat bersama UMNO hanyalah sandiwara politik demi meraih sokongan setelah masing-masing tewas dalam PRU ke 14 yang lalu.

Ini juga menunjukkan PAS sekali lagi mempamerkan wajah sebenar mereka apabila sanggup membelakangkan rakan politik dan pada kali ini UMNO menjadi mangsa seterusnya.

Justeru rakyat Malaysia seharusnya membuka mata menilai sikap politik mereka dan tidak terpedaya dengan slogan yang dilaungkan kononnya membawa agenda nasional untuk Malaysia.

Dalam pada itu, Pemuda AMANAH menyeru agar Pakatan Harapan terus bergerak pada landasan yang betul bagi memastikan perubahan dan pembaharuan yang dibawa dapat dilaksanakan demi kesejahteraan rakyat.

HASNUL ZULKARNAIN ABD MUNAIM
Ketua Pemuda AMANAH Nasional

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

Konvoi Bakul RAHMAH ke Tambun

KUALA LUMPUR, 28 MAC 2023 – Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim...

AMHighlightsMY LNAPerumahanSDGS

KPKT Komited Menyokong Usaha Malaysia Meningkatkan Kemampanan Ekonomi Setempat Sejajar Dengan Agenda SDGs 2030

BANGKOK, THAILAND, 27 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor...

MY LNAPolitik

Tuduhan Anwar – Dr M

1. Dalam usaha untuk menghalang perhimpunan Melayu yang menjemput saya hadir, Anwar...