Home AM Kajian Pelaksanaan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris akan dibuat – KPM
AMPendidikan

Kajian Pelaksanaan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris akan dibuat – KPM

PUTRAJAYA 6 Februari 2020 – Kajian pelaksanaan pembelajaran sains dan matematik di dalam bahasa Inggeris akan dibuat dalam masa terdekat untuk dibawa kepada pertimbangan Jemaah Menteri sebelum melaksanakannya.

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia di dalam kenyataan media semalam, YAB Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia merangkap pemangku Menteri Pendidikan telah mengadakan sesi pertemuan dengan pengurusan tertinggi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada 30 Januari 2020.

“Dalam ucapan pembukaan, YAB Tun telah menyatakan pandangan beliau terhadap kepentingan murid-murid mempelajari mata pelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris.

YAB Tun berpendirian bahawa pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris adalah amat penting kerana pengetahuan serta bahan rujukan bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut banyak diterbitkan dalam Bahasa Inggeris.” jelas KPM.

Menurut KPM lagi, walaupun KPM telah memansuhkan pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) secara berperingkat-peringkat sejak tahun 2012, namun Dual Language Programme (DLP) yang diperkenalkan pada tahun 2016 tetap memberi pilihan kepada sekolah untuk melaksanakan pengajaran dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa Inggeris. Sehingga Januari 2020 program DLP tersebut telah dilaksanakan di sebanyak 2,292 buah sekolah seluruh negara.

“KPM mengambil baik saranan YAB Tun. Kajian pelaksanaan akan dibuat dalam masa terdekat untuk dibawa kepada pertimbangan Jemaah Menteri
sebelum melaksanakannya.” tambah KPM.

Baru-baru ini media melaporkan bahawa YAB Tun Dr Mahathir Mohamad membuat pengumuman dimana PPSMI akan dikembalikan dalam sistem pendidikan negara. Perkara ini telah mendapat pelbagai respon pelbagai pihak. Semalam satu sidang media Gerakan Mansuhkan PPSMI telah diadakan di Sekretariat ABIM Pusat di Kuala Lumpur di mana beberapa buah NGO hadir membantah pelaksanaan semula PPSMI tersebut. Turut hadir adalah Sasterawan Negara, Prof Siti Zainon Ismail.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

HighlightsMY LNAPendidikan

Pelajar OKU Kolej Komuniti Menempa Nama di Pertandingan Antarabangsa

Batu Caves, 29 Mac 2023 – Muhammad Hanif Naufal Mohd Mazni, 23, alumni Kolej...

AMHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

Konvoi Bakul RAHMAH ke Tambun

KUALA LUMPUR, 28 MAC 2023 – Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim...

AMHighlightsMY LNAPerumahanSDGS

KPKT Komited Menyokong Usaha Malaysia Meningkatkan Kemampanan Ekonomi Setempat Sejajar Dengan Agenda SDGs 2030

BANGKOK, THAILAND, 27 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor...