Home AM TINGKAT LANGKAH PENCEGAHAN JANGKITAN CORONAVIRUS
AMKenyataan MediaKesihatan

TINGKAT LANGKAH PENCEGAHAN JANGKITAN CORONAVIRUS

Berdasarkan kepada laporan terkini jangkitan coronavirus yang mencatatkan jumlah kumulatif sebanyak 12 kes positif di Malaysia, Kerajaan Negeri Perak ingin menggesa seluruh rakyat di negeri ini agar mempertingkatkan usaha pencegahan untuk mengelakkan daripada terkena jangkitan ini.

Antara langkah yang disarankan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) adalah kerap mencuci tangan, elakkan sentuhan terus dengan haiwan liar, tidak mengambil sebarang produk haiwan yang mentah, menutup mulut ketika batuk atau bersin dan mengelak daripada bersentuhan dengan individu yang mempunyai gejala.

Kerajaan Negeri Perak juga menasihatkan agar mana-mana individu yang mengalami simptom jangkitan ini seperti demam, batuk dan sesak nafas untuk segera mendapatkan rawatan di hospital atau klinik berhampiran.

Berkait dengan penularan berita tidak benar berkenaan kes ini, semua pihak diminta supaya merujuk kepada KKM bagi mendapatkan maklumat terkini berkaitan kes ini.

Kerajaan Negeri Perak akan terus memantau dan mengikuti perkembangan semasa bagi memastikan segala keperluan dan pelan tindakan yang dibuat mengikut ‘Standard Operational Procedure’ (SOP) yang ditetapkan sekiranya terdapat kes yang berlaku di negeri ini.

YB HASNUL ZULKARNAIN ABD MUNAIM
Exco Penerangan Kerajaan Negeri Perak

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMEkonomiHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

PM hadiri Kenduri MENU RAHMAH

KUALA LUMPUR 20 Mac 2023 – Seramai 2,500 jemputan telah menghadiri kenduri...

AMHighlightsMY LNASains, Teknologi & Komunikasi

MCMC terus pantau kandungan jelik babitkan unsur 3R

CYBERJAYA 19 Mac 2023 – Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),...

AMHighlightsMY LNAPertanianSekuriti Makanan

Mohamad Sabu ke Indonesia, teroka teknologi baru industri padi

PUTRAJAYA 17 Mac 2023 – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, B Datuk...