LIFE NEWS AGENCY

Malaysia Edition

‘Daripada sebar fitnah, lebih baik Musa Hassan jelaskan kisah sebenar kes Altantuya’

Kenyataan Media Ahli Parlimen DAP Iskandar Puteri Lim Kit Siang di Kuala Lumpur pada hari Sabtu, 1 Februari 2020

Pemfitnah DAP perlu lebih konsisten — Adakah DAP parti komunis yang ingin mengembalikan komunisme atau parti Kristian yang mahu menubuhkan sebuah negara Kristian di Malaysia atau chaunivis Cina, anti-Islam, anti-Melayu atau anti-India atau anti-Cina atau tok dalang Mahathir atau kuli Mahathir — kerana adalah mustahil untuk DAP memainkan semua watak ini secara serentak

????????????????????????????????????

Pemfitnah DAP perlu lebih konsisten — Adakah DAP parti komunis yang ingin mengembalikan komunisme atau parti Kristian yang mahu menubuhkan sebuah negara Kristian di Malaysia atau chaunivis Cina, anti-Islam, anti-Melayu atau anti-India atau anti-Cina atau tok dalang Mahathir atau kuli Mahathir — kerana adalah mustahil untuk DAP memainkan semua watak ini secara serentak

Walhal sebenarnya DAP bukanlah seperti fitnah-fitnah di atas kerana ia adalah satu parti politik Malaysia yang patriotik, yang menjunjung Perlembagaan Persekutuan dan prinsip-prinsip Rukunegara dan komited kepada agenda untuk menambah baik kebajikan sosio-ekonomi semua rakyat Malaysia, tanpa mengira kaum, agama, mahupun daerah, sebuah parti yang mahu Malaysia berjaya sebagai sebuah negara yang demokratik, adil, progresif, dan makmur di kalangan negara terulung dalam komuniti antarabangsa.

Fitnah terbaru yang dihamburkan kepada DAP datang daripada bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan yang telah menyatakan di dalam satu ceramah di Universiti Teknologi Mara dengan tujuan untuk meracuni minda anak muda dengan menuduh DAP mempunyai agenda untuk menulis semula sejarah dengan menghidupkan kembali ideologi komunisme.

Sebagai satu parti politik, DAP telahpun wujud selama 54 tahun dengan penuh sejarah, dengan beberapa pemimpin DAP yang terdahulu telah pun ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), tidak pernah DAP ataupun mana-mana pemimpin DAP didakwa sebagai komunis ataupun penyokong agenda komunisme.

Daripada manakah Musa mendapat idea yang DAP kononnya mahu menghidupkan semula komunisme ini?

Baru-baru ini, negara kita telah dilanda dengan kebanjiran penipuan, berita palsu, dan ucapan kebencian. Saya telah difitnah sebagai seorang komunis dan tidak cukup dengan itu, saya juga difitnah kononnya merupakan sepupu kepada Chin Peng, bekas pemimpin Parti Komunis Malaya.

Adakah Musa cuba untuk mengatakan yang walaupun beliau merupakan Ketua Polis Negara yang kelapan dalam tempoh di antara 2006 sehingga 2010, beliau tidak sedar yang tuduhan-tuduhan beliau itu tidak berasas sama sekali dan hanyalah penipuan semata-mata?

Jelas sekali yang beliau belum lagi belajar daripada kesilapan beliau, di mana pada bulan Jun 2018, beliau telah menunjukkan kenaifannya dengan mengongsikan satu artikel daripada laman web satira The Onion yang membawa satu fiksyen di mana Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat telah “membebaskan” Osama Bin Laden daripada sebarang penglibatan dalam serangan 9/11.

Daripada cuba menjadi “ikon” penipuan, berita palsu, dan ucapan kebencian di Malaysia yang sedang mencuba untuk memusnahkan negara dengan menyemai kebencian di antara kaum dan agama, jauh lebih baik untuk Musa yang merupakan Ketua Polis Negara yang kelapan berkongsi kebenaran dengan rakyat Malaysia mengenai perbicaraan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu yang berlaku dalam tempoh perkhidmatan beliau. – Roketkini.com

LEAVE A RESPONSE

Your email address will not be published. Required fields are marked *