AMKenyataan MediaPendapat @ My LNAPolitik @ My LNA

DAP TEGAS TOLAK KOMUNISME, TAN SRI MUSA HASSAN SALAH GUNA KEDUDUKAN UNTUK BUAT FITNAH

111

Jelas bahawa tuduhan Tan Sri Musa terhadap DAP adalah tohmahan liar, fitnah dan hasutan yang tidak bertanggungjawab serta memalukan dirinya sendiri sebagai bekas pegawai tertinggi PDRM.

Telah tular sebuah video ucapan Tan Sri Musa Hassan, mantan Ketua Polis Negara, yang membuat fitnah terhadap DAP yang mengaitkannya dengan Parti Komunis Malaya (PKM). Fitnah itu dibuat ketika beliau memberi syarahan di Universiti Teknologi MARA dalam Wacana Isu Semasa mengenai Perjanjian Damai Hat Yai 1989.

Jelas bahawa Tan Sri Musa telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai bekas Ketua Polis Negara untuk menyebarkan cerita khayalan mengikut rentak “tuan politik”nya. Malah, lebih memalukan lagi, beliau telah memburukkan imej, menghina serta menjatuhkan maruah Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan cerita palsu yang berniat jahat itu.

Tuduhan palsu beliau menimbulkan persoalan tentang siapakah “tuan politik” sebenar beliau. Ini adalah kerana dakwaan jahatnya itu bukan fakta sejarah, sebaliknya fitnah yang sering dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu yang sentiasa menabur benci perkauman di negara ini.

Sebagai peringatan, bekas Pengerusi Parti Komunis Malaya (PKM) Abdullah CD yang masih hidup dan bermastautin di selatan Thailand, dalam satu wawancara media pada Disember tahun 2019 telah menafikan kaitan DAP dengan komunis. Malah, bagi pemimpin komunis itu dakwaan DAP komunis adalah ‘melucukan’ kerana baginya hanya PKM satu-satunya parti yang membawa ideologi komunis di Malaysia.

Jelas bahawa tuduhan Tan Sri Musa terhadap DAP adalah tohmahan liar, fitnah dan hasutan yang tidak bertanggungjawab serta memalukan dirinya sendiri sebagai bekas pegawai tertinggi PDRM.

Tdiak cukup dengan tuduhan itu, bekas KPN ini juga melemparkan fitnah terhadap Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Sdri Hannah Yeoh, yang didakwanya mahu menjadikan Malaysia sebagai negara Kristian. Tuduhan jahat yang boleh menimbulkan huru-hara ini tidak boleh diterima sama sekali!

Mungkin Tan Sri Musa lupa bahawa baru-baru ini, seorang pemimpin UMNO, Azwanddin Hamzah terpaksa membuat permohonan maaf kepada Timbalan Menteri Pertahanan, Sdr Liew Chin Tong kerana menuduhnya memakai “seragam komunis” sedangkan baju tersebut merupakan korporat bush jacket yang disediakan oleh Kementerian Pertahanan.

DAP adalah parti berbilang kaum dengan keahliannya terbuka untuk setiap rakyat Malaysia tanpa ada had kaum atau agama seperti yang diamalkan oleh parti-parti politik yang lain. Amat menghairankan jika idea perpaduan kaum yang wujud melalui keterbukaan keahlian DAP ini langsung tidak disentuh oleh Tan Sri Musa.

Laporan polis akan dibuat terhadap Tan Sri Musa, dan saya berharap pihak polis dapat mengambil tindakan tegas yang sewajarnya terhadap tuduhan-tuduhan melulu beliau yang boleh menimbulkan ketegangan di kalangan rakyat.

Howard Lee
KETUA DAPSY KEBANGSAAN

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

BM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAPolitik @ My LNA

Rumah Terbuka Aidilfitri Kerajaan Negeri Selangor di KKB Boleh Jadi Satu Kesalahan Pilihan Raya

Dikeluarkan oleh: Jawatankuasa Pemandu BERSIH Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (BERSIH) merujuk kepada...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...