Home AM Tiada kajian dilaksanakan untuk pemansuhan butiran agama pada Kad Pengenalan – KDN
AM

Tiada kajian dilaksanakan untuk pemansuhan butiran agama pada Kad Pengenalan – KDN

PUTRAJAYA 21 Januari 2020 – Berhubung isu pemansuhan butiran agama pada Kad Pengenalan seperti yang terdapat di dalam sebuah rakaman video dan yang ditularkan melalui aplikasi Whatsapp pada Sabtu lepas, Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan bahawa tiada sebarang perancangan untuk melaksanakan kajian secara terperinci berhubung isu pemansuhan butiran agama pada Kad Pengenalan ini.

Menurut KDN di dalam satu kenyataan media semalam, pelaksanaan perekodan butiran agama pada Kad Pengenalan dilaksanakan oleh Jabatan Pendaftaran Negara selaras dengan Peraturan 4 (cc), Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990 (PPPN 1990).

Tambah KDN pelaksanaan perekodan butiran Agama Islam di muka hadapan Kad Pengenalan adalah selaras dengan Jadual Pertama, Peraturan 5(2), PPPN 1990 dan bagi agama selain Islam hanya dimasukkan di dalam cip Kad Pengenalan.

“Tindakan ini adalah selaras dengan peruntukan di bawah Perkara 3(1) Perlembagaan Persekutuan iaitu Agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.

Butiran agama pada Kad Pengenalan milik individu beragama Islam adalah salah satu elemen penting yang membantu penguatkuasaan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan serta undang-undang syariah yang berkuat kuasa.” jelas KDN.

KDN juga menasihatkan agar orang ramai agar tidak menularkan berita atau maklumat tidak sahih kerana bimbang boleh menimbulkan ketidakselesaan rakyat dan mengganggu ketenteraman dan keamanan Negara.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMEkonomiHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

PM hadiri Kenduri MENU RAHMAH

KUALA LUMPUR 20 Mac 2023 – Seramai 2,500 jemputan telah menghadiri kenduri...

AMHighlightsMY LNASains, Teknologi & Komunikasi

MCMC terus pantau kandungan jelik babitkan unsur 3R

CYBERJAYA 19 Mac 2023 – Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),...

AMHighlightsMY LNAPertanianSekuriti Makanan

Mohamad Sabu ke Indonesia, teroka teknologi baru industri padi

PUTRAJAYA 17 Mac 2023 – Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, B Datuk...

AMHighlightsMY LNAPertahanan

Majlis Serah Tugas Ketua Pengarah Maritim Malaysia

PUTRAJAYA, 17 Mac 2023- Timbalan Ketua Pengarah Logistik, Agensi Pengkuatkuasaan Maritim Malaysia,...