Home AM Pemohonan Melanjutkan Pengajian ke Mesir dan Jordan boleh dibuat melalui online – KPM
AMPendidikan

Pemohonan Melanjutkan Pengajian ke Mesir dan Jordan boleh dibuat melalui online – KPM

PUTRAJAYA 21 Januari 2020 – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) pada hari mengumumkan bahawa pelajar Malaysia yang berhasrat untuk melanjutkan pengajian ke Timur Tengah bagi sesi 2020/2021 perlu membuat permohonan secara atas talian di pautan https://dohe.moe.gov.my/timurtengah.

Di dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, KPM menyatakan bahawa permohonan atas talian bagi lepasan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dibuka pada 21 Januari 2020 (Selasa) pada jam 2.00 petang sehingga 3 Februari 2020 (Isnin) jam 11.59 malam.

“Permohonan atas talian bagi lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Diploma Qiraat dibuka pada 21 Januari 2020 (Selasa) pada jam 2.00 petang dan akan ditutup pada 9 April 2020 (Khamis) jam 11.59 malam.

Selepas keputusan SPM diumumkan, pemohon diminta untuk mengemaskini permohonan secara atas talian sehingga tarikh tutup permohonan pada 9 April 2020 (Khamis) jam 11.59 malam.

Permohonan bagi melanjutkan pengajian ke Timur Tengah bagi bidang Pengajian Islam, Perubatan, Pergigian dan Farmasi HANYA diproses oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) sahaja.” jelas KPM.

Dalam pada itu, KPM juga menegaskan bahawa pihak Kementerian tidak melantik mana-mana agen bagi menguruskan pelajar ke Timur Tengah.

“Sebagai makluman, penggunaan agen bagi menguruskan permohonan dan penempatan ke Timur Tengah adalah atas pilihan dan tanggungjawab pelajar atau ibubapa sendiri.” jelas KPM.

Sebarang pertanyaan, para ibu-bapa bolehlah menghubungi Bahagian Education Malaysia, Jabatan Pendidikan Tinggi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMPendapat

KENAPA MASIH ADA RAMAI MANGSA BANJIR PALOH TAK TERIMA BANTUAN?

Saya mempunyai senarai nama orang Paloh yang masih belum terima wang bantuan...

AMEkonomiHighlightsMY LNA

Anwar adakan sesi dialog dengan pemimpin perniagaan, badan pengawal selia dan ahli ekonomi

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 – Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Dato’ Seri...

Alam SekitarAMHighlights

Orang ramai diingatkan tidak lakukan pembakaran terbuka

30 Mei 2023 – Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim,...

AMMY LNA

Rodzi Md Saad pengarah baharu MAMPU

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 – Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia...