Home MY LNA AM Seramai 19 orang pelajar AUP warganegara Malaysia dipindahkan dari Batangas ke Manila
AM

Seramai 19 orang pelajar AUP warganegara Malaysia dipindahkan dari Batangas ke Manila

PUTRAJAYA 14 Januari 2020 – Seramai 19 orang pelajar warganegara Malaysia yang sedang menuntut di Adventist University of the Philippines (AUP) telah dipindahkan dari Batangas ke Manila oleh Kementerian Luar Negeri (MOFA) melalui Kedutaan Besar Malaysia di Manila semalam.

Menurut MOFA di dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini, kesemua pelajar telah dipindahkan ekoran daripada keadaan yang semakin kritikal, termasuk pengisytiharan cuti kecemasan yang telah diumumkan oleh Pejabat Presiden Filipina.

“Warganegara Malaysia disarankan untuk menangguhkan perjalanan ke kawasan yang terjejas akibat bencana ini sekiranya tiada keperluan mendesak.

Warganegara Malaysia yang terkesan dan memerlukan bantuan adalah dinasihatkan untuk menghubungi Kedutaan Besar Malaysia di Manila. Sebarang perkembangan terkini mengenai bencana ini akan dimaklumkan daripada semasa ke semasa. ” kata MOFA.

Pada 12 Januari 2020, gunung berapi Taal memuntahkan abu sehingga 1,000 meter tinggi ke udara. Media antarabangsa melaporkan abu panas memenuhi ruang udara sehingga lebih 100 kilometer dan menjejaskan ibu kota Manila sehingga memaksa lapangan terbang utama negara ditutup dengan lebih 500 penerbangan dibatalkan.

Taal merupakan satu daripada gunung berapi paling aktif di Filipina di mana ia telah meletus lebih 30 kali dalam tempoh lima abad lalu. Pada tahun 1911 letusan gunung berapi tersebut telah mengorbankan seramai 1,500 orang.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Other News

Related Articles

AMMY LNAUTAMA

Jumpaan Terkini Arkeologi Di Tapak Candi Bukit Choras, Daerah Yan, Kedah Darul Aman

KEDAH, 22 September 2022 – Jabatan Warisan Negara (JWN), Kementerian Pelancongan, Seni...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNA

Keliru fahami nas agama punca perpecahan ummah

Oleh: Dr. Mohd. Khairul Naim Che Nordin Dalam sejarah Islam, gejala kafir...

AMMY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Ibu Bapa Sebak Terima Skrol Arwah Anak

NILAI – “Kami tetap hadir, biarlah sijil ini menjadi tanda sebuah kenangan...

AMHighlightsMY LNA

Maritim Malaysia lupus dadah bernilai lebih RM27 juta

PORT DICKSON, 21 September 2023 – Dadah seberat 1,301 kilogram bernilai lebih...