AMPendidikan @ My LNA

PROGRAM JELAJAH BAHASA UPM@BALAKONG JALIN HUBUNGAN ERAT UPM DAN KOMUNITI BALAKONG

172

Oleh: Noraini Mohd Yasin

BALAKONG 11 Januari 2020 – Program Jelajah Bahasa UPM@Balakong telah berlangsung dengan meriah di SMK Cheras Jaya. Program ini merupakan satu projek Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM dengan kerjasama DUN Balakong yang melibatkan lima buah sekolah menengah di kawasan DUN Balakong.

Prof. Madya Dr. Azidan (Dekan Fakulti Modern dan Komunikasi UPM, keempat dari kiri yang berdiri), Y.B. Wong Siew Ki, Puan Zurhiati Saad (Pengetua SMK Cheras Jaya, kedua dari kanan yang berdiri) bergambar dengan wakil-wakil dari UPM dan PPD.

Dalam ucapan alu-aluan Puan Zurhiati Saad, Pengetua SMK Cheras Jaya, beliau mengucapkan terima kasih kepada Y.B. Cik Wong Siew Ki yang sentiasa mengambil berat terhadap keperluan sekolah dan banyak membantu pihak sekolah melengkapkan prasarana yang masih belum mencukupi. Beliau berharap agar program seumpama ini

Menurut Pengerusi Projek, Prof Madya Dr Mohd Azidan Bin Abdul Jabbar, Dekan Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, antara tujuan penganjuran program adalah bagi menjadikan Universiti Putra Malaysia (UPM) dekat dengan masyarakat di samping mempromosikan program bahasa yang ditawarkan di fakulti berkenanaan.

YB. Wong Siew Ki melawat klinik-klinik bahasa yang disediakan oleh pihak UPM bersama Dekan Fakulti Bahasa Modern Dan Komunikasi, UPM, Prof. Madya Dr. Azidan.


Program dirasmikan oleh Y.B. Cik Wong Siew Ki, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong. Menurut Y.B. Wong Siew Ki yang juga merupakan alumni Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, bahasa merupakan alat perpaduan yang membezakan antara manusia dan haiwan. Beliau menyeru seluruh masyarakat agar sentiasa menghormati antara satu sama lain dengan menggunakan bahasa yang baik ketika berkomunikasi.

Program diserikan dengan persembahan oleh murid SMK Cheras Jaya iaitu syair dalam bahasa Melayu dan tarian Melayu yang ditarikan oleh murid-murid India. Siswa UPM pula berjaya memukau penonton dengan lagu bahasa Perancis iaitu Mon Coeur Surviva pour toi dan Je me’n fous. Seterusnya, wakil dari setiap Jabatan memberi taklimat tentang program-program bahasa yang ditawarkan di UPM khususnya bagi calon-calon SPM dan ibu bapa yang hadir.

Aktiviti seni guntingan yang disediakan oleh bahagian kesusasteraan cina, FBMK UPM.

Pelbagai aktiviti menarik diadakan sepanjang program berkenaan, antaranya pameran oleh Jabatan Bahasa Melayu, Jabatan Bahasa Inggeris dan Asing. Menariknya, setiap reruai pameran mempamerkan keunikan budaya masyarakat penutur bahasa asing seperti Bahasa Jepun, Bahasa Arab dan Bahasa Perancis. Pihak Bidang Bahasa SMK Cheras Jaya pula menganjurkan pertandingan bercerita, membaca berita, Scrabble, Spell It Right, dan Seni Guntingan Tradisional Cina yang melibatkan murid-murid sekolah sekitar DUN Balakong.

Sebelum keputusan pertandingan diumumkan, pengunjung reruai berpeluang menyertai kuiz yang disediakan serta mendapatkan khidmat kepakaran para pensyarah Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi. Orang ramai juga berpeluang berswafoto dan memakai pakaian tradisional di reruai bagi merakamkan kenangan indah bersama-sama.

tarian tradisi cina yang disembahkan oleh mahasiswi-mahasiswi UPM

Sebelum acara penyampaian hadiah untuk para pemenang, penonton disajikan dengan tarian Jepun dan Cina yang dipersembahkan oleh siswa-siswi UPM. Pertandingan Membaca Berita dijuarai oleh adik Damarwulan Bin Osman dari SMK Cheras Perdana, manakala tempat kedua jatuh kepada adik Nurfasihah Fauzi dari SMK Perimbun dan ketiga milik Farah Nadiah Binti Zaharon dari SMK Bandar Tun Hussein Onn 2.

Pertandingan Bercerita pula dijuarai oleh adik Yasodaamritnanthini dari SMK Perimbun, kedua adik Pashwinny a/p Silvaraju dari SMK Cheras Jaya manakala pemenang tempat ketiga juga dari SMK Cheras Jaya iaitu adik Puteri Nur Alia.

Pertandingan Scrabble yang disediakan oleh pihak SMK Cheras Jaya

Johan pertandingan Spell It Right milik adik Nur Alyaa Bt Rosman dari SMK Bandar Damai Perdana. Tempat Kedua milik adik Danesh Surentharan dari SMK Cheras Jaya dan tempat ketiga dimenangi oleh adik Amy Auril Alma a/p Jesudass dari SMK Cheras Perdana. Kesemua peserta Scrabble dan Seni Guntingan diberi hadiah penyertaan sebagai galakan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Puasa Syawal: Gabung atau berasingan?

Oleh: Dr Ridzwan Ahmad Setelah berakhirnya bulan Ramadan dengan ketibaan Aidilfitri maka...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...