AM

Senarai Pekerjaan Kritikal

426

9 Januari 2020 – Talent Corporation Malaysia Berhad telah menerbitkan satu dokumen bertajuk SENARAI PEKERJAAN KRITIKAL (COL) DI MALAYSIA semalam.

Menurut dokumen tersebut, Kerajaan Malaysia telah menubuhkan Jawatankuasa Pemantauan Kemahiran Kritikal (Critical Skills Monitoring Committee / CSC) dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMK-11) dengan mandat untuk memantau ketidakseimbangan kemahiran.

” CSC dipengerusikan secara bersama oleh Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) dan Institut Maklumat dan Analisis Pasaran Buruh (ILMIA), yang merupakan dua agensi di bawah Kementerian Sumber Manusia (KSM).

Salah satu daripada objektif utama CSC ialah membangunkan COL untuk dijadikan sebagai sebuah platform bagi menyelaraskan dasar pembangunan modal insan yang berkaitan dengan pendidikan tinggi serta TVET, peningkatan kemahiran, penyaluran biasiswa dan urusan imigresen.

CSC telah menerbitkan COL pada setiap tahun semenjak 2015. COL merupakan rujukan berasaskan bukti bagi pekerjaan yang mendapat permintaan tinggi dan berdepan dengan masalah kekurangan tenaga kerja dalam pasaran buruh Malaysia.” jelas Talent Corporation Malaysia Berhad.

Dokumen SENARAI PEKERJAAN KRITIKAL (COL) DI MALAYSIA tersebut boleh dimuat turun di SINI.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah StevieĀ® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...