Alam Sekitar @ MY LNAAM

Pembakaran Terbuka : Amaran Keras kepada Pelaku

203

PUTRAJAYA 9 Januari 2020 – Semua pemilik tanah digesa untuk memantau tanah masing-masing secara rapi terutama di kawasan-kawasan yang mudah dan sering terbakar dan mereka juga dikehendaki mengambil langkah mencegah pencerobohan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka.

Menurut kenyataan akhbar oleh Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) yang dikeluarkan semalam, MESTEC melalui Jabatan Alam Sekitar (JAS) sedang meningkatkan tindakan pemantauan dan penguatkuasaan di seluruh negara bagi memastikan tiada berlaku pembakaran terbuka.

“Dalam tempoh penghujung Monsun Timur Laut ini, taburan hujan akan berkurangan di seluruh negara dan kejadian pembakaran terbuka dikhuatiri akan berlaku di kawasan yang mudah dan sering terbakar sehingga berpotensi menjejaskan kualiti udara dan kesihatan awam.

JAS menjalankan rondaan fizikal dan menggunakan dron bagi memantau kejadian pembakaran terbuka oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab.” kata MESTECC.

Tambah MESTECC, pihaknya telah mengambil langkah-langkah proaktif seperti berikut :

  1. Mengaktifkan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka Kebangsaan (PTPTK) pada 7 Januari 2020 bagi pelaksanaan tindakan pencegahan, pemantauan, pemadaman dan penguatkuasaan dalam menangani pembakaran terbuka oleh Kementerian, Jabatan dan Agensi terlibat termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara, Pihak Berkuasa Kerajaan Negeri dan Pihak Berkuasa Tempatan, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Meteorologi Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta agensi-agensi lain yang terlibat; dan
  2. Mengaktifkan Pelan Tindakan Pencegahan Pembakaran Terbuka dan Prosedur Standard Operasi (Standard Operating Procedure – SOP) Pencegahan Kebakaran Tanah Gambut kepada semua pejabat Jabatan Alam Sekitar Negeri dan agensi-agensi negeri terbabit pada 6 Januari 2020.

“Di bawah Pelan Tindakan Pencegahan Pembakaran Terbuka ini, perkara yang sedang giat dilaksanakan oleh JAS dan agensi penguatkuasaan lain adalah meningkatkan kekerapan dan kawasan rondaan serta pemantauan udara melalui dron di kawasan berisiko terbakar dan kawasan yang telah dikenal pasti mudah terbakar (fire prone areas), mengupayakan pemantauan komuniti (community surveillance empowerment) melalui Program Pasukan Pemantau Pencemaran (3P) bagi membantu memantau kes-kes pembakaran terbuka

Meningkatkan program komunikasi, pendidikan dan kesedaran awam (program CEPA) dan program penyertaan komuniti sebagai tindakan pencegahan, memantau status kualiti udara semasa melalui 65 stesen automatik JAS dan memantau status cuaca semasa dan ramalan cuaca oleh Jabatan Meteorologi Malaysia

Meningkatkan penguatkuasaan seperti tindakan mahkamah dan kompaun di bawah Seksyen 29A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 oleh JAS dan semua agensi yang telah diwakilkan kuasa. Agensi-agensi penguatkuasaan lain yang mempunyai perundangan sedia ada juga sedang meningkatkan penguatkuasaan di bawah bidang kuasa masing-masing.” terang MESTECC.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak melakukan pembakaran terbuka dan melaporkan kes-kes pembakaran terbuka kepada Jabatan Alam Sekitar di talian bebas tol, 1-800-88-2727 dan https://eaduan.doe.gov.my serta Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia di talian 999.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKewangan @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Apakah hubungan literasi kewangan dengan tingkah laku perbelanjaan rakyat Malaysia?

Oleh: Dr. Nurul Ashikin Alias Malaysia telah melalui pelbagai perubahan bersifat fenomena...

AMBM @ MY LNA

Pusat Asean-Jepun Melancarkan Semula Laman Web Rasmi: Pangkalan Data Baharu Dan Kandungan Temu Bual Ditambah

TOKYO, 7 Mei 2024 (Bernama) — Pusat ASEAN-Jepun (AJC) memperbaharui laman web rasminya...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan secukupnya?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Laporan daripada Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran...

AMBM @ MY LNAPerladangan & Komoditi @ My LNAUTAMA

KitKatĀ® Dark 52% guna 100% biji koko Malaysia

NILAI. 6 Mei 2024 – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari...