AM

Isu Video Penguatkuasa JPJ bertindak kasar : Siasatan dalaman sedang dijalankan

279

10 Januari 2020 – Ibu pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengambil maklum berhubung video tular mengenai dua orang anggota penguatkuasa JPJ yang bertindak kasar terhadap seorang penunggang motosikal.

“Pihak Pengurusan Tertinggi JPJ memandang serius isu-isu yang berkaitan integriti dan tidak sesekali akan berkompromi terhadap mana-mana warga JPJ yang didapati bersalah melakukan kesalahan tingkah laku.

Tindakan tatatertib yang lebih tegas termasuk menamatkan perkhidmatan akan dikenakan terhadap mana-mana warga JPJ yang didapati bersalah melanggar undang-undang negara dan peraturan pejabat.” jelas Ibu Pejabat JPJ di dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

Kenyatan ini berkaitan denganinsiden yang berlaku di Sandakan, Sabah pada sebelah pagi hari ini. Menurut posting di page ‘Friends of JPJ’, penunggang motosikal yang terbabit cuba melarikan diri dari sekatan jalan raya yang diadakan di situ dan cuba merempuh dua pegawai JPJ yang sedang mengawal lalulintas. Bagaimana pun tindakan penunggang tersebut gagal apabila tayar motosikalnya bergesel dengan bahagian hadapan kenderaan Toyota Fortuner milik JPJ tersebut.

Walaupun begitu penunggang motosikal tersebut dikatakan enggan berhenti dan bertindak semakin agresif untuk melepaskan diri. Perkara ini membuatkan 2 anggota penguatkuasa JPJ tersebut mengambil jalan yang terbaik dengan melompat ke arah motosikal itu bagi menghentikan tindakan agresif penunggang motosikal tersebut,seperti yang tular di dalam video.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi kuat melanda Laut Okhotsk

Satu kejadian gempa bumi kuat telah melanda Laut Okhotsk pada jam 11:28...

AMBM @ MY LNASekuriti Makanan @ My LNAUTAMA

Kerang-kerangan di Negeri Sembilan dan Melaka boleh dituai, bacaan biotoksin menurun

PUTRAJAYA, 10 Ogos 2024 – Larangan ke atas penuaian dan penjualan kerang-kerangan...

AMBM @ MY LNADunia @ MY LNAGlobe Newswire

Pemenang Anugerah StevieĀ® untuk Majikan Hebat 2024 Diumumkan

Pemenang Akan Diraikan dalam satu Majlis di New York pada 16 September...