AM

Amanat Tahun 2020 KPLB

87

9 Januari 2020 – Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun telah menyampaikan Amanat Tahun Baharu 2020 bagi Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) pada perhimpunan bulanan yang pertama bagi tahun ini bersama keluarga besar KPLB dan agensi di bawah KPLB yang telah diadakan pada Selasa 7 Januari lepas.

Di dalam ucapannya Rina berkata bahawa tahun 2020 penting diingati kerana Kerajaan Malaysia pada 28 Februari 1991 di bawah kepimpinan Tun Dr Mahathir Mohamad ketika itu telah menyasarkan tahun 2020 sebagai tahun Malaysia mencapai taraf Negara maju berpendapatan tinggi mengikut acuannya sendiri.

“Walau bagaimanapun, sasaran berkenaan tidak dapat dicapai sepenuhnya dan dilanjutkan ke tahun 2030 melalui blueprint baharu yang dikenali sebagai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) dilancarkan YAB Perdana Menteri pada 5 Oktober 2019 yang lalu.” kata Rina.

Tambah Rina , tahun 2020 juga merupakan tahun terakhir pelaksanaan RMKe-11. Bagi memastikan pertumbuhan seimbang merentasi geografi, empat (4) fokus utama luar bandar digariskan dalam RMKe-11 seperti berikut :

  1. Peningkatan pendapatan penduduk luar bandar;
  2. Pengukuhan modal insan luar bandar;
  3. Peningkatan infrastruktur asas, utiliti dan perkhidmatan asas luar bandar yang mencukupi dan berkualiti; dan
  4. Penyelarasan dalam sistem penyampaian.

” Untuk RMKe-12, saya mahukan KPLB memberi tumpuan bukan sahaja untuk menyelesaikan pembangunan infrastruktur di luar bandar tetapi juga memberi tumpuan kepada pembangunan ekonomi penduduk luar bandar.

Kawasan luar bandar perlu dilengkapi dengan infrastruktur digital yang berkualiti tinggi bagi menjana pembangunan ekonomi digital seperti perniagaan atas talian atau menjadi “pekerja digital” di mana penduduk luar bandar boleh bekerja untuk syarikat antarabangsa daripada rumah masing-masing.

Selain itu, kita juga perlu meningkat penggunaan teknologi dalam bidang keusahawanan luar bandar dan juga pertanian supaya lebih eifisien dan menguntungkan. Dalam pada itu, saya inginkan Pusat Komuniti Desa terus diperkasakan memandangkan PKD ini merupakan “agen” KPLB di peringkat akar umbi. Perkhidmatan yang disediakan oleh PKD boleh memberi impak secara langsung kepada penduduk setempat. ” tambah Rina.

Beliau juga mahu tumpuan diberikan untuk membangunkan sumber ekonomi baharu di luar bandar yang mempunyai trickling effect seperti pembangunan rural tourism. Jelas Rina, erdapat banyak kawasan-kawasan luar bandar menarik yang boleh dimajukan dan ini dapat memberi faedah bukan sahaja kepada pengusaha rural tourism tersebut teapi juga dapat menyediakan peluang pekerjaan dan peluang perniagaan kepada penduduk setempat dan seterusnya meningkatkan pendapatan penduduk luar bandar

Rina juga menyentuh tentang pentingnya kerjasama dan aspek komunikasi diperkukuhkan terutamanya di antara pegawai-pegawai kerajaan dan anggota pentadbiran.  Ini juga bagi memastikan wujud suasana kerja yang positif dan harmoni seterusnya membantu kita melaksanakan amanah dan tanggungjawab kepada Negara.

“Saya berharap dari masa ke semasa, saya dan timbalan saya dimaklumkan tentang status pelaksanaan proram-program yang dilaksanakan di bawah kementerian ini dan agensi agar sebarang isu dan permasalahan yang timbul dapat dicari jalan penyelesaiannya dan dalam masa yang sama membolehkan saya membangkitkan masalah-masalah yang berlaku di Mesyuarat Jemaah Menteri. ” katanya.

Dokumen Amanat Tahun Baharu 2020 KPLB tersebut boleh dimuat turun di SINI.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Perindahkan hari raya dengan kesederhanaan

Oleh: Dr Syed Mohd Jeffri Syed Jaafar Benar, Ramadan baru sahaja berlalu....

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Palestin dan hakikat kemenangan Aidilfitri

Dr. Mohd Istajib Mokhtar Dalam pada kita bergembira menyambut hari raya di...

AMBM @ MY LNASukan @ My LNAUTAMA

Dua kertas pertimbangan dibentang dalam mesyuarat JKPS

PUTRAJAYA, 18 April 2024 – Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad...