Alam Sekitar @ MY LNAAMNiaga @ My LNA

Pulau Langkawi telah mulai menggunakan Biodiesel B20 sejak 1 Januari 2020 – Teresa Kok

75

PUTRAJAYA 8 Januari 2020 – Pulau Langkawi telah mulai menggunakan adunan Biodiesel sebanyak 20% kandungan metil ester sawit atau dikenali sebagai Biodiesel B20 untuk sektor pengangkutan sejak 1 Januari 2020 yang lepas di mana Stesen Minyak Petronas Kampung Tok Senik yang beroperasi di pulau tersebut telah menjadi stesen minyak pertama di Malaysia yang menjual Biodiesel B20.

Foto kredit kepada Kementerian Industri Utama

Menurut Menteri Industri Utama, YB Teresa Kok di dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini, Pulau Labuan akan menjadi destinasi kedua untuk program Biodiesel B20 yang turut akan dilaksanakan pada bulanini dan program ini akan dilaksanakan seterusnya secara berperingkat-ringkat ke negeri Sarawak, Sabah dan akhirnya keseluruhan Semenanjung Malaysia.

“Program Biodiesel B20 ini dijangka akan meggunakan tambahan minyak sawit mentah sebanyak 500,000 tan daripada jumlah sedia ada yang digunakan bagi program Biodiesel B10 pada ketika ini. Pihak Kerajaan Malaysia menerusi Kementerian Kewangan juga telah bersetuju untuk mengekalkan harga pasaran runcit Biodiesel B20 setara dengan harga pasaran semasa Biodiesel B10 iaitu sebanyak RM2.18/liter.

Ini bermakna, para pengguna akan dapat menikmati bahanapi kenderaan yang lebih bersih pada kadar harga runcit yang sama.” jelas Teresa.

Tambah beliau tujuan utama penggunaan Biodiesel B20 adalah sejajar dengan hasrat negara bagi mengurangkan kadar pelepasan gas rumah kaca (GHG) di mana setiap penggunaan 1 tan Biodiesel dapat mengurangkan sebanyak kira-kira 3 tan gas karbon dioksida (CO2) yang dilepaskan menerusi kenderaan diesel. Keseluruhannya dijangkakan sebanyak 3.2 juta tan metrik/tahun gas rumah kaca (GHG) dapat dikurangkan menerusi penggunaan Biodiesel B20 ini.

Menurut Teresa lagi, program Biodiesel B20 ini juga akan menggantikan Biodiesel B10 di pasaran sedia ada secara berfasa sehingga pelaksanaan Biodiesel B20 dicapai sepenuhnya di negara ini.

“Dengan peningkatan harga minyak sawit mentah di pasaran dunia yang telah melepasi tahap RM3,000/tan, program Biodiesel B20 ini juga dapat membantu mengekalkan momentum peningkatan harga dan seterusnya dapat meningkatkan pendapatan isi rumah para pekebun kecil sawit di negara ini.

Kerajaan Malaysia, khususnya Kementerian Industri Utama akan terus memberikan keutamaan dalam memastikan agenda Biodiesel B20 ini dapat dilaksanakan mengikut perancangan jadual yang telah ditetapkan.” katanya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Membawa Generasi Z kembali ke akar tradisi Aidilfitri

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Siti Nurmaliya Zakaria Tradisi hari...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...