Home AM Pencapaian KKMM bagi tahun 2019
AMMuzik dan HiburanSains, Teknologi & Komunikasi

Pencapaian KKMM bagi tahun 2019

PUTRAJAYA 4 Januari 2020 – Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) pada hari ini menerbitkan dokumen bertajuk Pencapaian Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia bagi tahun 2019, bagi memaklumkan kepada rakyat di seluruh Malaysia akan pencapaian dan inisiatif oleh KKMM yang boleh memberi manfaat kepada rakyat yang telah dilaksanakan sepanjang tahun lepas.

Butir-butir penting bagi pencapaian-pencapaian KKMM yang dilaporkan adalah seperti berikut :

  1. Pelan Gentian Optik & Kesalinghubungan Negara (NFCP) – Dilancarkan oleh Timbalan Perdana Menteri Dato’ Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail pada 19 September 2019, ia adalah pelan 5 tahun dengan anggaran kos sebanyak RM21.6 bilion, dan bertujuan untuk menyediakan kesalinghubungan digital yang mampan, menyeluruh, berkualiti tinggi mampu milik bagi kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara. Persiapan untuk pelaksanaan 5G turut dilaksanakan dimana Geran Pembangunan Ekosistem 5G bernilai diluluskan bagi menggalakkan lebih banyak projek rintis aplikasi digital di dalam Balanjawan 2020.
  2. Ekonomi Digital dan Pembangunan Usahawan – Peruntukan sebanyak RM70 juta untuk membina Pusat Peningkatan Digital (DEC) setempat bagi memudahkan akses kepada pembinaan keupayaan IKS.
  3. Pembangunan Bakat Teknologi – Pembangunan saluran bakat teknologi yang kuat adalah perlu bagi memanfaatkan peluang-peluang sosioekonomi yang terhasil daripada pelaksanaan pendigitalan dan teknologi pintar.
  4. Industri Animasi dan Permainan Digital (e-games) – Peruntukan Belanjawan 2020 sebanyak RM20 juta tempatan dalam menghasilkan kandungan digital.
  5. Media – Di bawah kerajaan baharu , pengamal dan organisasi media lebih bebas menjalankan tugas. Malaysia yang menduduki tempat ke-145 pada tahun 2018, telah melonjak 22 anak tangga ke tempat ke-123 dalam senarai Indeks Kebebasan Media Dunia 2019. Akta Berita Tidak Benar telah berjaya dimansuhkan pada 19 Disember 2019.

Dokumen lengkap tersebut boleh dimuat turun di SINI.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsPolitik

PH-BN GABUNG FORMULA TAWAN KEDAH 

ALOR SETAR, 5 Jun – Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN)...

AMHighlightsMerdekaMY LNA

SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023 – BUAL BICARA KHAS BERSAMA HANNAH YEOH

PROGRAM KUARTET MERDEKA SEMPENA SAMBUTAN HARI KEBANGSAAN DAN HARI MALAYSIA TAHUN 2023...

AMHighlightsMY LNAPolitik

BN KEDAH SARAN GUNA SALURAN RUNDINGAN SELESAIKAN ISU KEDAH-PULAU PINANG

KUALA NERANG, 3 Jun – Kerajaan negeri Kedah disaran menggunakan kaedah rundingan...