Home AM MARA dan subsidiari dibawahnya tetap beroperasi seperti sedia ada – Rina Harun
AM

MARA dan subsidiari dibawahnya tetap beroperasi seperti sedia ada – Rina Harun

PUTRAJAYA 3 Januari 2020 – Menteri Pembangunan Luar Bandar, YB Datuk Seri Rina Mohd Harun pada hari ini memberi jaminan bahawa Majlis Amanah Rakyat (MARA) dan subsidiari di bawahnya tetap beroperasi seperti sedia ada.

“Saya komited untuk memastikan mandat yang diberikan kepada Ahli Majlis MARA dan Pengurusan MARA sebagaimana yang digariskan di bawah Akta MARA 1966 sentiasa dilaksanakan bertepatan dengan fungsi dan tanggungjawab teras institusi berkenaan. Setiap dasar dan program perlu berpaksikan kepada agenda pembangunan dan kepentingan bumiputera serta kesejahteraan rakyat Malaysia untuk membina kemakmuran bersama.

Saya sentiasa terbuka dan mengalu-alukan saranan dan pandangan daripada semua pihak yang prihatin dan ikhlas ingin melihat MARA terus berkembang maju dan melonjakkan keupayaannya untuk merealisasikan teras dan matlamat penubuhan MARA. Saya telah mengarahkan Majlis MARA dan Pengurusan MARA untuk meningkatkan sesi libat urus bagi mendapatkan syor dan pandangan pelbagai pihak berkepentingan.” jelas Rina di dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan hari ini.

Rina juga berharap agar tidak ada pihak yang menyebarkan berita yang tidak benar mengenai MARA seperti MARA sedang melaksanakan pengurangan jumlah pekerja. Rina juga menafikan tuduhan yang menyatakan terdapat pekerja anak syarikat MARA yang tidak menerima gaji untuk beberapa bulan.

“Tindakan seumpama ini tidak menggambarkan keikhlasan untuk melindungi MARA dan jauh sekali membantu untuk memperkasa dan melonjakkan kecemerlangan MARA sebagai sebuah institusi yang amat signifikan kepada negara, khususnya pembangunan bumiputera.” tegas Rina.

Tambah Rina, bagi tahun ini pemerkasaan keupayaan institusi-institusi pendidikan MARA akan digerakkan bagi melahirkan modal insan yang menepati keperluan tenaga kerja masa depan di mana tumpuan akan diberikan kepada bidang keusahawanan yang meliputi pembangunan usahawan luar bandar dan peningkatan kapasiti para usahawan bumiputera sedia ada.

“MARA turut merancang untuk melaksanakan pelaburan melalui Endowment Fund dan memantapkan tadbir urus bidang pelaburan meliputi aspek pemilihan jenis dan sektor, pemilihan pengurus dana, pemantauan dan pengukuran prestasi.” terang Rina.

Pada 21 Disember lepas media melaporkan bahawa Pengerusi MARA Dr. Hasnita Hashim telah memaklumkan kepada pemegang taruh bahawa MARA telah menghentikan sebarang penyaluran peruntukan bagi pelaburan baru kecuali dalam bidang pendidikan dan dengan itu semua anak syarikat MARA akan diletakkan di bawah pemantauan satu jawatankuasa khas yang akan melapor terus kepada Majlis MARA.

Kenyataan Hasnita tersebut dikaitkan dengan laporan media sebelum itu yang menyatakan bahawa MARA berhasrat menutup operasi anak syarikatnya, MARA Corporation Sdn Bhd dan bayaran gaji bagi kakitangannya masih tertunggak sejak Ogos tahun lepas.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPerumahanSDGS

KPKT Komited Menyokong Usaha Malaysia Meningkatkan Kemampanan Ekonomi Setempat Sejajar Dengan Agenda SDGs 2030

BANGKOK, THAILAND, 27 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan, Nga Kor...

AMDSISHighlightsKebajikanMY LNA

Ismail Sabri santuni anak-anak Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah

27 Mac 2023 – Mantan Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob...

AMBizEkonomiMY LNAPengguna

Bengkel Motosikal Tawar Tayar Harga Rahmah RM5

KAJANG, 26 Mac 2023 – Dengan niat untuk meringankan beban pengguna, sebuah...

AMIsu SemasaMY LNA

Phoong komited selesaikan Project Star City yang lama terbengkalai

SABAH 25 MAC 2023 – Menteri Pembangunan Perindustrian & Keusahawanan Sabah, Phoong...