Home MY LNA AM SELAMAT TAHUN BARU 2020 – PAK WAN
AM

SELAMAT TAHUN BARU 2020 – PAK WAN

Semoga kita melabuhkan Tirai 2019 dengan seribu satu kemanisan dan kenangan, agar kita dapat membuka tirai Tahun Baru 2020 dengan lebih bermakna dan penuh iltizam.

Menjelang Tahun Baru yang bakal tiba, saya berharap agar semua rakyat Malaysia dapat mengambil kesempatan lembaran baru ini dengan nafas baru serta semangat baru dengan suntikan nilai jati diri dan daya saing yang tinggi dan berkesan.

Usahawan adalah wira ekonomi negara. Mereka merupakan penggerak dan penyumbang utama ekonomi negara kita. Bukan itu sahaja, para usahawan merupakan antara segmen masyarakat yang membawa perubahan besar ke dalam KDNK negara serta menjadi pemangkin utama kepada penciptaan peluang pekerjaan.

Pesanan saya kepada para usahawan, pasanglah niat untuk menghadapi tahun baru ini dengan komitmen dan dedikasi yang tinggi apatah lagi menyemai sikap positif dalam menghadapi segala cabaran yang mendatang.

Ingatlah tiada sesiapa yang dapat mengubah nasib anda melainkan kesungguhan dan usaha anda sendiri. Kerajaan akan sentiasa membantu memudah cara, memberi dorongan & laluan yang sebaiknya.

Namun begitu, saya percaya anda semua mahukan yang terbaik untuk diri, perniagaan anda dan untuk setiap orang di sekeliling bagi menikmati hasil keringat anda dalam mencipta kejayaan.

Saya sentiasa mendoakan yang terbaik kepada semua.

Selamat Tahun Baru 2020, dari saya dan seluruh warga Kementerian Pembangunan Usahawan.

Ikhlas,
Pak Wan

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHak AsasiKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Didiklah mereka dengan ujian dari sana

Oleh: Dr. Nurul Husna Mansor, Dr. Azmawaty Mohamad Nor Hingga saat ini,...

AMKeselamatanMY LNAUTAMA

Harungi 750 Batu Nautika demi Eksesais Maritim Perkasa Barat

BUKIT MALUT, 3 Disember – Kapal Maritim (KM) Nusa telah mengharungi sejauh...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Berpada-padalah dalam kisah rumahtangga

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd Anuar Ramli Kisah poligami telah menimbulkan gelojak...

AMKeselamatanMY LNAUTAMA

OPV1 Uji Kemampuan dalam Eksesais Maritim Perkasa Barat

PULAU PINANG, 30 November – Kapal Peronda Luar Persisir Pertama (OPV1) turut...