Home Kenyataan Media PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2020 – KPN
Kenyataan Media

PERUTUSAN TAHUN BAHARU 2020 – KPN

Syukur ke hadrat Yang Esa kerana dengan rahmat dan izin-Nya jua, kita diberi kesempatan untuk menempuh gerbang 2020 dengan fajar tahun
baharu yang bakal melabuhkan tirai 2019. Semoga kedatangan 2020 ini membawa bersamanya, semangat dan azam baharu untuk kita mempertingkatkan lagi kecemerlangan jati diri dan juga Pasukan, demi kepentingan masyarakat dan juga negara.

Sesungguhnya pengalaman yang dilalui sepanjang tahun 2019, akan mematangkan lagi Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk terus memacu tahun 2020 ke arah yang lebih cemerlang dan kekal utuh dalam mendepani apa jua bentuk cabaran yang bakal mendatang.

Kepada seluruh warga Pasukan, marilah kita mulakan tahun baharu ini dengan memahat nekad dan tekad, dan disertai ikrar dan nawaitu yang ikhlas untuk menjalankan tanggungjawab hisbah kita dalam menegakkan yang makruf dan menyekat yang mungkar. Apa yang jelas, di bahu kita terpikul amanah yang amat besar dalam memastikan keharmonian masyarakat dan kedaulatan negara kekal terjamin.

Sehubungan itu, saya menyeru seluruh warga Pasukan untuk menzahirkan semangat “Polis dan Masyarakat Berpisah Tiada” supaya ia bukan ungkapan retorik semata-mata, tetapi menjadi salah satu usaha untuk kita menyelami kehendak dan pengharapan masyarakat terhadap PDRM.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Tahun Baharu 2020 kepada warga PDRM dan seluruh rakyat Malaysia, dengan diiringi doa dan harapan, moga perpaduan dan ikatan ukhuwah yang sedia terjalin antara masyarakat berbilang kaum di negara ini, kekal berpanjangan.

Sama-samalah kita berusaha untuk menjadikan Malaysia sebuah negara aman dan sejahtera.

Selamat Menyambut Tahun Baharu 2020.

(TAN SRI DATO’ SERI ABDUL HAMID BIN BADOR) IG
Ketua Polis Negara
Polis Diraja Malaysia

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMCOVID-19Kenyataan MediaKesihatan

COVID-19 : Jumlah kes baharu meningkat semula

16 November 2022 – Mengikut data yang dipaparkan di halaman web KKM...

AMKenyataan MediaKHASMY LNA

LRT Kelana Jaya : Keputusan APAD dialu-alukan

13 November 2022 – Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia...

8.7
Kenyataan Media

Best Places Where Democrats Can Pull Off an Opinion

Import demos, pages or elements separately with a click as needed. Single...

Kenyataan Media

The COVID Data That Are Actually Useful Now

Mauris mattis auctor cursus. Phasellus tellus tellus, imperdiet ut imperdiet eu, iaculis...