Home AM Program Subsidi Petrol (PSP) ditangguhkan – Saifuddin Nasution
AM

Program Subsidi Petrol (PSP) ditangguhkan – Saifuddin Nasution

PUTRAJAYA 30 Disember 2019 – Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, YB Datuk Seri Saifuddin Nasution bin Ismail pada hari ini mengumumkan bahawa kerajaan telah bersetuju untuk menangguhkan pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP).

Menurut beliau penangguhan tersebut adalah selaras dengan keputusan Mesyuarat Kabinet pada 18 Disember 2019 bahawa pelaksanaan PSP yang dijadualkan bermula Januari 2020 tidak diteruskan sehingga satu masa yang akan diumumkan kemudian.

Tambah Saifuddin perkara ini akan memberi ruang untuk sesi penerangan dan penjelasan dapat diteruskan dengan tujuan memberi kefahaman dan mempersiapkan rakyat menerima pelaksanaan program PSP ini. Ia juga membolehkan proses pendaftaran penerima daripada kelompok M40 yang akan dikendalikan oleh Kementerian Kewangan.

“Sementara menunggu pengesahan pelaksanaan PSP diumumkan, rakyat akan terus menikmati harga petrol berdasarkan sistem sedia ada. ” kata Saifuddin.

Kerajaan pada 7 Oktober 2019 telah mengumumkan pelaksanaan Program Subsidi Petrol (PSP) akan bermula Januari 2020 sesuai dengan manifesto Pakatan Harapan di mana Kerajaan memperuntukkan RM 2.4 billion bagi PSP dalam Belanjawan 2020 dengan jumlah penerima manfaat seramai 8 juta orang daripada kelompok B40 dan M40.
 

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPendidikan

CEO@Faculty bukti kolaborasi industri-akademia yang berhasil

Oleh: Dr Syed Bahari Ramadzan Syed Adnan Bidang industri dan akademik merupakan...

AMHighlightsLUAR BANDARMY LNA

Tindakan RISDA bagi membantu pekebun kecil getah hadapi cuaca panas

Sorotan Video Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji...

Alam SekitarAMESGMY LNA

Empat Fokus Utama Malaysia menjadi tarikan utama Negara Anggota Un-Habitat ke arah mencapai Agenda Mampan 2030

NAIROBI, KENYA, 8 Jun 2023 – Penyertaan Malaysia ke Persidangan United Nations...