Home AM Tempat makan di seluruh negara sebagai kawasan larangan merokok mulai 1 Januari 2020 – Ketua Pengarah Kesihatan
AM

Tempat makan di seluruh negara sebagai kawasan larangan merokok mulai 1 Januari 2020 – Ketua Pengarah Kesihatan

PUTRAJAYA 30 Disember 2019 – Di bawah Peraturan 11(1)(d) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 pindaan 2018, tempat makan di seluruh negara diwartakan sebagai kawasan larangan merokok berkuatkuasa mulai 1 Januari 2019 dengan penguatkuasaan pendidikan selama dua belas (12) bulan dan diikuti dengan penguatkuasaan penuh bermula 1 Januari 2020. 

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah dalam kenyataan akhbar hari ini, bagi tujuan penguatkuasaan penuh bermula 1 Januari 2020, mereka yang didapati merokok di kawasan larangan termasuk di semua tempat makan akan dikenakan kompaun sebanyak RM250. Kompaun boleh dikurangkan kepada RM150 bagi kesalahan pertama jika pembayaran dijelaskan di mana-mana Pejabat Kesihatan Daerah dalam tempoh SATU BULAN daripada tarikh izin kompaun diterima. Bagi kesalahan kedua, tiada pengurangan kompaun diberikan dan bayaran penuh kompaun sebanyak RM250 akan dikenakan. Kompaun lebih tinggi iaitu sebanyak RM350 akan dikenakan bagi mereka yang melakukan kesalahan kali ketiga dan seterusnya.

“Di bawah Peraturan 12, PPKHT 2004, semua Tuan Punya Premis hendaklah memastikan tempat makan mereka bebas daripada sebarang bentuk amalan merokok dengan tidak menyediakan kemudahan merokok seperti bekas abu rokok, perkhidmatan menjual shisha serta lain-lain kemudahan merokok. Tuan Punya Premis juga hendaklah memastikan tanda larangan merokok yang mencukupi serta jelas dipamerkan di bahagian yang mudah dilihat di tempat makan.

Bagi tujuan penguatkuasaan penuh bermula 1 Januari 2020, Tuan Punya Premis boleh dikenakan kompaun sebanyak RM250 bagi kesalahan pertama dan kedua manakala bagi kesalahan kali ketiga dan seterusnya, kompaun yang lebih tinggi iaitu sebanyak RM350 akan dikenakan.” jelas Dr. Noor Hisham.

Beliau juga berharap pelaksanaan penguatkuasaan PPKHT 2004 sepenuhnya bermula pada 1 Januari 2020 ini menerima kerjasama dan sokongan daripada semua pihak terutama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Dr. Noor Hisham juga menambah bahawa golongan perokok yang berhasrat untuk berhenti merokok, mereka dialu-alukan untuk mendapatkan khidmat nasihat di semua perkhidmatan berhenti merokok mQuit yang telah disediakan di semua klinik kesihatan dan hospital kerajaan di seluruh negara atau di mana-mana fasiliti perkhidmatan berhenti merokok mQuit swasta yang telah diberikan akreditasi.

“Mereka juga  boleh mendapatkan maklumat serta berdaftar  melalui laman sesawang http://jomquit.moh.gov.my atau menghubungi talian 03-8883 4400 untuk maklumat lanjut.” katanya. 

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMMY LNA

Zamri Misman dilantik sebagai Ketua Pengarah JPN baharu

PUTRAJAYA 24 Mac 2023 – Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) memaklumkan bahawa Zamri...

AMEkonomiHighlightsMY LNAPenggunaSekuriti Makanan

PM hadiri Kenduri MENU RAHMAH

KUALA LUMPUR 20 Mac 2023 – Seramai 2,500 jemputan telah menghadiri kenduri...

AMHighlightsMY LNASains, Teknologi & Komunikasi

MCMC terus pantau kandungan jelik babitkan unsur 3R

CYBERJAYA 19 Mac 2023 – Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC),...