- Mewakili Angkatan Gerak Minda Malaysia (AGRA), dan sahabat seperjuangan yang mendokong usaha AGRA serta rakan seperjuangan (GPMS dan PERKASA) melalui hasrat HIMPUNAN JULANG PERLEMBAGAAN “REMPUH 2812” bagi melawan usaha gerakan Anti-Nasionalis Dong Zong yang mahu membantah pengenalan tulisan Jawi di SJK. Pihak AGRA baru sahaja mendapat makluman secara terus dari pihak polis bahawa satu injuksi telah dikeluarkan oleh pihak mahkamah bagi menghalang Dong Zong untuk meneruskan persidangan anti-jawi yang dijadualkan di Kolej Universiti New Era esok! Kenyataan ini juga turut dihebahkan kepada media melalui Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.
. - AGRA menyambut baik usaha pihak polis yang mendapatkan injuksi dari mahkamah untuk menghentikan kongres anti-Jawi Dong Zong yang rasis dengan hasrat mengkhianati Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negara dengan terus menerus menekan perihal isu Jawi dalam pada masa yang sama berlaku derhaka kepada institusi DiRaja apabila hasrat mereka pada asalnya turut tidak mengendahkan titah Tuanku Permaisuri Agong! Dengan ini, mewakili rakan seperjuangan yang mendokong himpunan balas ke atas Dong Zong, AGRA ingin mengucapkan Terima Kasih dan Tahniah kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) kerana berjaya menjaga kredibiliti PDRM selaku badan penguatkuasa yang menjaga kedaulatan negara! Syabas PDRM!
. - Sesungguhnya Dong Zong sememangnya biadab! kerana berani menunggu sehingga saat akhir keputusan mahkamah untuk baru akur dengan desakan pelbagai pihak, suka ditekankan bahawa AGRA, GPMS dan PERKASA bersama lain-lain gabungan masyarakat dan orang awam yang cintakan negara serta mendaulatkan Perlembagaan dan menjunjung Rukun Negara jelas sama sekali tidak akan berganjak untuk melawan pengkhianatan Dong Zong andai diteruskan Kongres ‘Khianat’, Anti-Jawi tersebut.
. - Dalam pada itu, dengan injuksi ini, AGRA bersedia bekerjasama dengan pihak polis untuk ‘MEMBATALKAN’ himpunan #REMPUH2812 pada awal pagi esok demi kepentingan orang awam setelah pihak PDRM telah turut jua berjaya memainkan peranannya bagi mengelakkan perkara tidak diingini dari berlaku, kesan dari pemgkhianatan Dong Zong sekiranya meneruskan Kongres Anti-Jawi. Pun begitu, suka kami menegaskan bahawa, AGRA tidak akan sesekali berundur dalam menekan Dong Zong untuk tidak memperlekehkan semangat kebangsaan apatah lagi mendaulatkan Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negara utamanya soal Jawi ini. Dalam pada itu AGRA menyeru agar semua pihak untuk terus bersama AGRA dan badan-badan lain untuk seganding mengecam dan memberikan tekanan ke atas Dong Zong kerana jelas niat mereka adalah berlaku khianat dan membawa kucar-kacir dalam negara atas tingkah mereka selama ini!
. - AGRA berharap usaha pihak polis ini bukan bersifat sementara, malah mendesak semua status siasatan ke atas Dong Zong melalui laporan polis yang dilaporkan oleh orang awam dapat dipercepatkan demi mengelakkan sentimen hilang kepercayaan terhadap segenap institusi yang memelihara jati negara. Andai AGRA melihat sebarang usaha oleh Dong Zong untuk meneruskan agenda licik mereka, pihak kami dan NGO Nasionalis yang menyokong akan turun menentang sehingga mereka akur bahawa jangan sesekali berlagak samseng dan bersikap cauvinis di tanah pusaka tercinta ini!
. - Dalam pada itu, AGRA tidak akan berhenti di sini, AGRA akan terus memantau perkembangan Dong Zong pada hari esok (28 Disember) dan seterusnya samada benar Dong Zong tidak melanggar perintah mahkamah, sekiranya ada tingkah yang mencurigakan, AGRA dan gabungan akan semestinya bertindak! AGRA juga akan mengembleng tenaga untuk memulakan sesi advokasi memahamkan masyarakat tentang agenda jati dan kebudayaan nasional demi kita memelihara keutuhan citra, cita dan cinta kepada tanahair.
. - AGRA akan mendapatkan pertemuan bersama pihak Menteri Pendidikan, bagi memaklumkan kepada pihak KPM untuk tidak tunduk lagi atas desakan murahan Dong Zong, semua masyarakat yang cintakan negara bersama Dr. Maszlee Malik! AGRA juga dalam proses mengumpul segenap bukti pengkhianatan Dong Zong untuk pihak ROS mengambil tindakan ke atas kekacauan yang selama ini dimulakan mereka.
.
TERIMA KASIH PARA PEJUANG NASIONAL
.
MOHD ASHRAF MUSTAQIM BIN BADRUL MUNIR
Presiden Angkatan Gerak Minda Malaysia (AGRA)
Leave a comment