Home MY LNA AM MED nafi terlibat dengan sebarang aktiviti oleh Fingo (M) Sdn Bhd dan Kelab Usahawan Selebriti
AM

MED nafi terlibat dengan sebarang aktiviti oleh Fingo (M) Sdn Bhd dan Kelab Usahawan Selebriti

PUTRAJAYA 23 Disember 2019 – Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) menafikan penglibatan pihak Kementerian dengan aktiviti syarikat FINGO (M) Sdn Bhd dan Kelab Usahawan Selebriti tidak seperti mana yang dikongsikan oleh Dato’ Boy Iman di Instagram beliau.

“MED dimaklumkan tentang paparan laman sosial Dato’ Boy Iman bertarikh 26 November 2019 berkenaan program bertajuk Fingo Star anjuran Fingo (M) Sdn Bhd dan Kelab Usahawan Selebriti yang dikendalikan oleh Dato’ Boy Iman yang jelas menyatakan penglibatan MED dalam program tersebut.

Walau bagaimanapun MED ingin memaklumkan tiada penglibatan MED secara langsung mahupun tidak langsung dalam program tersebut” tegas MED di dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam.

Pada 26 November 2019 Dato’ Boy Iman telah membuat kenyataan di akaun Instagram beliau yang antaranya berbunyi ” Bersama Boss Fingo Malaysia,
Mr CS Lee. Menubuhkan Fingo Star, komuniti usahawan selebriti E-Dagang dengan kerjasama antara Kelab Usahawan Selebriti Malaysia & Fingo Malaysia yang akan dirasmikan oleh KSU, Kementerian Pembangunan Usahawan pada masa terdekat.”

Kenyataan tersebut jelas menyatakan penglibatan Ketua Setiausaha MED Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi dengan aktiviti program Fingo Star tersebut dan perkara ini akan mengelirukan orang ramai.

Kenyataan penuh di posting tersebut boleh dilayari di SINI.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMEkonomi @ My LNAMY LNAPengguna @ My LNAUTAMA

PMX umum subsidi tambahan RM400 juta tangani isu harga beras

Kerajaan akan menyalurkan subsidi tambahan berjumlah hampir RM400 juta dalam rangka memastikan...

AMMY LNAUTAMA

Menteri KKR kongsi visi My Jalan di pentas antarabangsa

3 Oktober 2023 – Menteri Kerja Raya (KKR), Dato Sri Alexander Nanta...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNA

Gaya Rasulullah SAW mengurus kesejahteraan emosi

Oleh: Dr. Aizan Ali@Mat Zin Rasulullah SAW adalah idola umat Islam dalam...