AM

Diskaun Tol Sempena Krismas – LLM

232

KAJANG 23 Disember 2019 – Para pengguna jalan raya akan menikmati diskaun tol di antara 10% hingga 33% di tiga belas (13) lebuh raya manakala di empat (4) plaza tol menawarkan diskaun tol antara 10% hingga 30% sempena sambutan Hari Krismas yang akan tiba nanti.

KESAS menawarkan diskaun 10% utk Kelas 1.
Sumber foto halaman web KESAS

Bagaimanapun menurut Ketua Pengarah Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM), Dato’ Ir. Mohd. Suhaimi bin Hassan di dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini, terdapat tiga belas (13) lebuh raya tidak menawarkan sebarang diskaun tol iaitu :

  • Lebuhraya Utara – Selatan (PLUS)
  • Lebuhraya Seremban – Port Dickson (SPDH)
  • Lebuhraya Utara – Selatan Hubungan Tengah (ELITE)
  • Lebuhraya Butterworth – Kulim (BKE)
  • Lebuhraya Laluan Kedua Malaysia – Singapura (LINKEDUA)
  • Jambatan Pulau Pinang (JPP)
  • Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (LPT 2)
  • Lebuhraya Kemuning – Shah Alam (LKSA)
  • Lebuhraya Bertingkat Ampang – Kuala Lumpur (AKLEH)
  • Lebuhraya Lingkaran Penyuraian Trafik Kajang (SILK)
  • Terowong Jalan Raya Dan Pengurusan Air Banjir (SMART)
  • Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT)
  • Lebuh raya Lingkaran Luar Butterworth (BORR)

“LLM ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada syarikat-syarikat konsesi lebuh raya di atas pelaksanaan Program Corporate Social Responsibility (CSR) di lebuh raya dengan pemberian diskaun sempena perayaan Hari Krismas 2019 sebagai tanda penghargaan mereka kepada pengguna-pengguna lebuh raya.

Pengguna dinasihatkan supaya mematuhi peraturan perjalanan dan papan tanda arah yang disediakan semasa melalui ke semua plaza tol bagi memastikan perjalanan yang lancar ke destinasi yang dituju. ” kata Mohd. Suhaimi.

Beliau juga menasihatka para pengguna supaya merancang perjalanan lebih awal dengan mengikuti Jadual Cadangan Waktu Perjalanan (Travel Time Advisory) yang telah disediakan oleh syarikat-syarikat konsesi.

“Pengguna juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini daripada pusat pengurusan trafik TMC LLM yang beroperasi 24 jam sehari melalui talian 1800-88-7752 atau akaun Twitter @LLMinfotrafik. atau mana-mana pusat khidmat pelanggan lebuh raya yang berkenaan.” katanya.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...