Pendapat @ My LNAPolitik @ My LNA

Pergelutan Kuasa Golongan Berusia Jejaskan Anak Muda

266

Parti Patriotik Nasional ingin mengingatkan kepada semua menteri, pemimpin dan ahli-ahli politik supaya tidak terlalu taksub dengan pergelutan kuasa hingga mengabaikan kebajikan dan masa depan anak-anak muda di Negara ini. Pemimpin perlu sedar bahawa segala tindak-tanduk mereka sedang diperhatikan oleh semua pengundi berusia seawal 16 tahun yang akan layak mengundi didalam pilihanraya akan datang.

Dari Kiri Harnarain Singh Gill (Bendahari), Mohammad Zulkifli Bin Abdul Fattah (Setiausaha) dan Ziyaldinal bin Jinna Liyakathali
(Penolong Setiausaha)

Bak kata peribahasa melayu “Gajah sama gajah berjuang, pelanduk mati tersepit”, pemimpin bukan sahaja dilihat mempergunakan anak-anak muda untuk kepentingan politik mereka malah langsung tidak menghiraukan perkara-perkara yang membabitkan mereka. Isu panas yang membabitkan anak muda seperti PTPTN sudah tidak lagi dibincangkan. Pergelutan kuasa yang berlaku mengalihkan semua fokus pemimpin daripada kebajikan anak muda.
Suara dan kebajikan mereka telah ditenggelamkan.

Rakyat sudah muak dengan isu-isu yang dipermainkan oleh ahli politik secara berterusan untuk kepentingan mereka. Segelintir mereka menjadikan semua isu sebagai isu perkauman, segelintir sibuk bergelut demi kuasa dan pangkat, ada segelintir lagi yang hanya menunding
jari terhadap semua kegagalan, yang selebihnya menjadi ‘pak turut’ untuk menjaga kepentingan politik mereka. Adakah ini ciri-ciri pemimpin yang rakyat mahukan? Apakah ini sejajar dengan konsep Malaysia Baru yang diwar-warkan?

Tujuan Parti Patriotik Nasional diwujudkan adalah supaya semangat Patriotisme yang semakin pudar dapat dibangkitkan kembali. Kami juga ingin membuka landasan kepada anak-anak muda yang patriotik dan progresif untuk berkecimpung didalam arena politik.
Berdasarkan pemerhatian kami, anak muda memandang politik sebagai satu permainan yang kotor dan jijik. Kemelut politik yang sedang berlaku di Negara telah mengubah persepsi anak muda terhadap politik sepenuhnya. Kami berharap pandangan ini akan berubah secepat mungkin. Kami mahu anak muda melihat politik sebagai satu tanggungjawab kepada Negara.

Parti Patriotik Nasional ingin menyeru kepada pemimpin kerajaan untuk menghentikan permainan politik mereka dan tumpukan perhatian kepada pembangunan Negara, kebajikan rakyat dan kepentingan anak-anak muda. Anak muda perlukan perhatian pemimpin sekarang juga. Jangan abaikan kenyataan bahawa anak muda akan memainkan peranan yang sangat besar didalam pilihanraya yang akan datang. Jika kepentingan mereka diabaikan sekarang,
tidak mustahil mereka muncul sebagai kuasa ketiga denganbersendirian dan mengubah lanskap politik Negara selama-lamanya.

Parti Patriotik Nasional ditubuhkan oleh anak muda berbilang bangsa dan agama yang merasakan bahawa semangat patriotik kepada Negara semakin pudar. Maka, kami ingin menjadi kumpulan pendesak yang akan bergerak secara politik dalam menyemai kembali
semangat patriotik di kalangan rakyat Malaysia. Sebagai sebuah parti, kami bersifat tidak memihak kepada mana-mana kumpulan politik, namun kami menyokong kerajaan yang memerintah yang dipilih oleh majoriti rakyat.

Kesetiaan kami hanyalah kepada Negara, Raja dan Bangsa Malaysia.

Mohd Zulkifli bin Abdul Fattah
Setiausaha Agung Protem
Parti Patriotik Nasional

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Dekati banduan demi menyelami masalah masyarakat

Oleh Dr Abd Razak Zakaria Setiap manusia melakukan kesalahan. Namun kesalahan yang...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Iklim organisasi yang sihat tingkat kesihatan mental di tempat kerja

Oleh: Prof. Madya Dr. Azmawaty Mohamad Nor, Prof. Madya Dr. Ahmad Zabidi...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Trend pemikiran childfree menjerumuskan negara ke arah pembentukan masyarakat tua

Oleh: Nurul Ashikin Alias Matlamat bagi setiap individu yang telah mengikat tali...

Agama @ MY LNABM @ MY LNAPendapat @ My LNA

Qunut nazilah itu khusus sifatnya

Oleh Prof. Madya Dr Mohd Khairul Naim bin Che Nordin Dalam Islam,...