AMPendidikan @ My LNA

Kerajaan utamakan golongan B40 isi tempat di MRSM – Rina Harun

127

KUANTAN 15 Disember 2019 – Menteri Pembangunan Luar Bandar YB Datuk Seri Rina Mohd Harun pada hari ini menjelaskan bahawa jumlah pemohon berdaftar bagi Tingkatan 1 di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) adalah seramai 80,319 berbanding kuota pengambilan sebanyak 7,628 yang disediakan manakala bagi tingkatan 4 pula adalah seramai 26,160 orang pemohon dengan kuota pengambilan pelajar seramai 1812 orang.

Menteri Pembangunan Luar Bandar YB Datuk Seri Rina Mohd Harun berucap di Majlis Perasmian Program Back to School 2020 @KPLB Yayasan Pelajaran MARA (YPM) bagi Peringkat Negeri Pahang. Foto kredit Facebook Rasmi Yayasan Pelajaran MARA (YPM)

“Penawaran tempat yang agak kecil berbanding jumlah yang memohon sudah tentu menimbulkan keresahan di kalangan masyarakat. Oleh yang demikian, perlu saya nyatakan di sini bahawa, kita hanya ada 54 buah MRSM di seluruh negara.

Atas kekangan itu, maka kerajaan telah memutuskan agar kuota 60 peratus hendaklah diisi oleh keluarga golongan B40. ” kata Rina sewaktu berucap di Majlis Perasmian Program Back to School 2020 @KPLB Yayasan Pelajaran MARA (YPM) bagi Peringkat Negeri Pahang yang telah berlangsung pada hari ini.

Bercakap mengenai skim Bantuan Untuk Pendidikan (BUDI), Rina berkata bahawa pada tahun hadapan, dijangka seramai 3,000 orang pelajar Tingkatan 1 hingga 5 akan menerima faedah di bawah skim tersebut dan seramai 790 orang pelajar yang akan memasuki tingkatan 1 akan diberi bantuan di bawah skim ini.

“Untuk makluman, kelayakan bagi penerima skim BUDI, antaranya ialah memperolehi sekurang-kurangnya 3A & 3B dalam peperiksaan UPSR, pendapatan keluarga sekitar RM1,500.00 ke bawah dan mempunyai tanggungan seramai 5 orang. Bagi memastikan para penerima bantuan BUDI terdiri dari mereka yang benar-benar layak, maka pihak MARA akan mengadakan lawatan dari rumah ke rumah. In Sha Allah saya sendiri akan turut sama mengikuti rombongan tersebut sebentar lagi.

Saya mengambil kesempatan ini merakamkan ucapan terima kasih kepada penyumbang skim ini iaitu Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera, PETRONAS, Zakat Selangor, Permodalan Nasional Berhad, Takaful Ikhlas dan Yayasan Pelajaran MARA.” kata Rina.

Foto kredit Facebook Rasmi Yayasan Pelajaran MARA (YPM)

Program Back to School 2020 @KPLB YPM bagi Peringkat Negeri Pahang merupakan program siri ke tiga selepas dilancarkan di Langkawi pada 9 Disember yang lepas dan di Wilayah Persekutuan semalam. Difahamkan bahawa pada sesi persekolahan 2020, YPM telah menyediakan peruntukan sebanyak RM3.2 juta yang akan membantu seramai 43,520 orang murid di seluruh negara.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAJenayahUTAMA

JIM berjaya tumpaskan sindiket ejen pekerja asing, dua suspek berkahwin dengan warganegara Malaysia

PUTRAJAYA, 28 Mac 2024 – Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) berjaya menumpaskan satu...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Peluang meringan dan memendek tempoh pengajian universiti dengan microcredential  

Oleh: Dr. Zahiruddin Fitri Abu Hassan Tahukah anda, sebenarnya sejak dari tahun...

AMBM @ MY LNAEkonomi @ My LNAKewangan @ My LNAParlimen @ My LNAUTAMA

Program Sumbangan Asas Rahmah 2024 ditambah baik

KUALA LUMPUR, 27 Mac 2024 – Kerajaan telah menambah baik program Sumbangan...