Home MY LNA AM Hari Bertemu Pelanggan di pejabat JKDM Kuala Lumpur akan diadakan – Lim Guan Eng
AM

Hari Bertemu Pelanggan di pejabat JKDM Kuala Lumpur akan diadakan – Lim Guan Eng

PUTRAJAYA 11 Disember – Menteri Kewangan, YB Lim Guan Eng pada hari ini memaklumkan bahawa Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan menganjurkan program Hari Bertemu Pelanggan secara mingguan mulai 9 Januari 2020.

Sumber Foto Facebook Rasmi Menteri Kewangan

“Program ini bertujuan memberi peluang dan kemudahan kepada masyarakat yang mempunyai masalah atau aduan berkenaan dengan percukaian berkaitan dengan JKDM, khususnya komuniti perniagaan untuk bertemu terus dengan pegawai-pegawai kanan MOF dan JDKM pada setiap hari Khamis mulai 9 Januari 2020, bagi menyelesaikan isu dan permasalahan yang timbul dengan segera.” kata Lim di dalam kenyataan media yang dikeluarkan hari ini.

“Sesi-sesi ini juga bagi mengambil kira sebarang idea untuk penambahbaikan pengurusan percukaian bagi memastikan cukai dipungut secara efisien, selain merakyatkan perkhidmatan awam agar JDKM lebih rapat dengan masyarakat untuk membantu permasalahan dan isu yang dihadapi” tambah Lim.

Program mingguan tersebut akan diadakan di pejabat JKDM Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Kompleks Kastam WPKL, No. 22, Jalan SS6/3, Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Orang ramai adalah dialu-alukan untuk hadir bagi mendapatkan khidmat nasihat dari pegawai-pegawai kanan MOF dan JDKM yang pakar dalam bidang masing-masing.


 

Leave a comment

Please Login to Comment.

Other News

Related Articles

AMKeselamatanMY LNAUTAMA

OPV1 Uji Kemampuan dalam Eksesais Maritim Perkasa Barat

PULAU PINANG, 30 November – Kapal Peronda Luar Persisir Pertama (OPV1) turut...

AMEkonomi @ My LNAKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Islamofobia penyebab sekatan produk halal di India?

Oleh: Prof. Madya Dr. Zalina Zakaria Baru-baru ini, berkuatkuasa pada 18 November...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah tanpa menyakiti

Oleh: Prof. Madya Dr. Mohd. Anuar Ramli Islam merupakan agama yang damai...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNA

Jiwa suci asas rohani Islami

Oleh: Dr. Khairulnizam Mat Karim Arus kemodenan dunia yang semakin menggila kini...