Pendidikan @ My LNA

Video tular lagu Negaraku dalam Bahasa Mandarin telah disiasat – Ketua Pengarah KPM

162

PUTRAJAYA 6 Disember 2019 – Isu video menunjukkan para pelajar sekolah menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku yang telah diubah ke Bahasa Mandarin di sebuah sekolah di Negeri Sembilan yang sedang tular sekarang telah selesai disiasat.

Menurut Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia di dalam kenyataan yang dikeluarkan hari ini, berdasarkan hasil siasatan didapati bahawa perlakuan tersebut hanya berlaku semasa pengajaran dan pembelajaran (PdP) di bilik darjah yang bertujuan memberi kefahaman terhadap maksud, tujuan dan adab semasa menyanyikan lagu kebangsaan Negaraku oleh rakyat negara dan ia tidak dilakukan semasa mana-mana acara rasmi di sekolah berkenaan.

Walau bagaimanapun, KPM ingin mengingatkan kepada semua sekolah agar sentiasa menggunakan kebijaksanaan dalam melaksanakan perkara-perkara asas terhadap lambang-lambang negara termasuk lagu kebangsaan Negaraku dalam PdP mereka agar tidak boleh disalah anggap oleh mana-mana pihak” tegas beliau.

Beliau turut menambah bahawa semua sekolah tidak boleh mengubah atau meminda lagu kebangsaan Negaraku ke bentuk apa apa sekalipun.

“Lagu Kebangsaan Negaraku tidak boleh diubah atau dipinda dalam apa-apa bentuk sekali pun semasa melaksanakannya dalam mana-mana acara rasmi sekolah dan hendaklah mematuhi Akta Lagu Kebangsaan 1968” kata beliau di akhir kenyataan tersebut.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNA

SMK Kota Masai raikan bakal haji, tanam kebersamaan dalam ramadhan

Oleh : Muhammad Fatkhurrozak Sokhipul Hadi PASIR GUDANG – Pengetua, Saridah Abdul...

AMBM @ MY LNAKomuniti @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

UM santuni komuniti muallaf dan asnaf di pedalaman Sabah

Program khidmat bakti yang diadakan oleh mahasiswa Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya...