Home AM RTM pohon kadar bayaran baru bagi penerbit drama dan dokumentari – Gobind
AMMuzik dan Hiburan

RTM pohon kadar bayaran baru bagi penerbit drama dan dokumentari – Gobind

KUALA LUMPUR 26 November 2019 – Menyedari bahawa kadar bayaran yang sedia ada merupakan kadar bayaran yang ditetapkan sejak tahun 1986 dan ianya tidak pernah dikaji semula sehingga hari ini iaitu selama 33 tahun, Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) melalui Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) telah memohon kajian kadar bayaran tersebut dan ia kini diteliti oleh Kementerian Kewangan.

Gambar fail

Menjawab soalan lisan daripada Datuk Haji Hasanuddin bin Mohd Yunus [ Hulu Langat ] di Dewan Rakyat pada hari ini, Menteri Komunikasi dan Multimedia YB Gobind Singh Deo menjelaskan bahawa kadar bayaran yang dicadangkan adalah peningkatan sebanyak 20-50% mengikut kategori iaitu, Telefilem, Drama Bersiri, Dokumentari/Majalah, Animasi Bersiri, Variety Show, Kapsul/Trailer/Promo.

” Dalam menentukan kadar berkenaan, RTM telah melaksanakan perbandingan dengan kadar pihak ketiga (pesaing RTM), dan dapat dipastikan bahawa kadar yang ditawarkan RTM adalah kompetetif.

Bagaimanapun ingin ditegaskan bahawa, kualiti karya kreatif yang dibeli RTM tidak berkaitan dengan kadar bayaran yang ditawarkan. Merujuk garis panduan perolehan rancangan, setiap terbitan telah melalui proses kelulusan dan piawaian yang ditetapkan dengan persetujuan pihak RTM dan juga syarikat.” jelas Gobind.

Tambah beliau, data rating Nielsen Malaysia yang dikeluarkan menunjukkan slot telemovie dan drama seumpama sesetengahnya mencecah 2 juta tontonan bagi slot Citra dan Panggung Seri. Ia bukti tema berkenaan masih menjadi pilihan penonton di negara ini.

Gobind juga memberi jaminan bahawa KKMM akan sentiasa memastikan kualiti dan mutu program yang disiarkan mengambil kira kebajikan pemain industri kreatif tempatan sentiasa dipelihara dan dilindungi.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMPendapat

KENAPA MASIH ADA RAMAI MANGSA BANJIR PALOH TAK TERIMA BANTUAN?

Saya mempunyai senarai nama orang Paloh yang masih belum terima wang bantuan...

AMEkonomiHighlightsMY LNA

Anwar adakan sesi dialog dengan pemimpin perniagaan, badan pengawal selia dan ahli ekonomi

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 – Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Dato’ Seri...

Alam SekitarAMHighlights

Orang ramai diingatkan tidak lakukan pembakaran terbuka

30 Mei 2023 – Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim,...

AMMY LNA

Rodzi Md Saad pengarah baharu MAMPU

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 – Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia...