AMPolitik @ My LNA

Ia hanya gambar lama – Setiausaha Akhbar Pak Wan

145

KUALA LUMPUR 23 November 2019 – Setiausaha akhbar kepada Menteri Pembangunan Usahawan YB Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof yang lebih mesra dipanggil sebagai Pak Wan hari ini tampil memberi penerangan mengenai isu kenyataan dalam China Press bertarikh 22 November 2019 bertajuk,”Menteri gagal patuhi larangan merokok”.

Jelas beliau gambar tersebut merupakan gambar lama YB Menteri sebelum beliau memegang jawatan Menteri Persekutuan dan ia pernah diviralkan suatu ketika dahulu.

” Untuk makluman, pada ketika itu juga peraturan larangan menghisap rokok di tempat awam belum dikuatkuasakan sepenuhnya. Selain daripada itu juga, keadaan sekitar gambar tersebut berkemungkinan “taken out of context”.

Ini merupakan kenyataan yang sengaja untuk mencemar kredibiliti dan imej YB Datuk Seri Mohd Redzuan Yusof selaku Menteri kabinet dan adalah suatu bentuk polemik untuk menjatuhkan beliau.” tegas beliau.

Sementara itu jurucakap NGO Bayang Selangor menyifatkan isu tersebut merupakan satu serangan tersusun dari pihak-pihak tertentu bagi menjatuhkan imej dan kredibiliti Menteri tersebut.

“Pihak kami sebenarnya sentiasa memerhati dengan penuh minat perkembangan politik Pak Wan sejak beliau memegang jawatan sebagai Menteri penuh pada tahun lepas. Malah kami juga telah menghantar wakil-wakil kami dari unit politik pertubuhan kami ini untuk hadir di kebanyakan program yang dihadiri atau dirasmikan oleh Pak Wan. Bagi kami Pak Wan adalah seorang yang out spoken dan ini memeningkan beberapa pihak termasuk parti Bersatu sendiri tetapi kami puji beliau kerana berani memperjuangkan sesuatu terutamanya perkara yang melibatkan usahawan Melayu dan beliau adalah seorang yang berprinsip.

Isu kereta terbang, isu wartawan tidak tahu Rukun Negara / Perlembagaan dan kali ini isu gambar merokok sebenarnya merupakan perangkap media bagi menjatuhkan Pak Wan yang dijalankan oleh organisasi tertentu. Kami juga percaya organisasi tersebut mempunyai wakil-wakil di kalangan pengamal media yang mempunyai agenda jahat bagi menghancurkan karier politik Pak Wan” jelas beliau.

Selain daripada itu seorang ahli politik dari Kedah yang hanya mahu dikenali sebagai Zaini juga melahirkan rasa terperanjat dengan isu baru ini. Selain menyifatkan ini tindakan jahat pihak tertentu dan tidak menolak kemungkinan ianya dilakukan oleh ahli Pakatan Harapan (PH) sendiri, Zaini yang mempunyai pengalaman selama 30 tahun di dalam politik menyifatkan permainan politik yang menggunakan media atas talian ini adalah cabaran baru yang terpaksa dihadapi oleh ahli politik masa sekarang sama ada suka atau pun tidak.

“Jahat betul orang yang sebarkan gambar ini. Semoga Pak Wan terus tabah” ujar beliau di akhir kenyataan yang dihantar melalui aplikasi Whatsapp.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...