AM

Jangkaan jumlah majoriti kekalahan PRK Tanjung Piai tidak tepat – Tun Dr M

113
Gambar Fail

PUTRAJAYA 18 November 2019 – Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad sudah menjangkakan kekalahan Pakatan Harapan di Pilihanraya Kecil (PRK) Tanjung Piai yang telah berlangsung pada Sabtu yang lepas.

Bagaimana pun beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan menjangkakan majoriti kekalahan ini tidak lebih dari 2,000 undi bukannya sebanyak 15,086 undi seperti keputusan rasmi.

“Satu post-mortem yang terperinci, serius dan jujur di semua peringkat
parti akan dibuat bagi mengenal pasti apakah punca sebenar kekalahan
pilihanraya kecil ini.

Saya ucap terima kasih kepada mereka yang bekerja keras sepanjang
pilihanraya kecil ini. ” jelas Tun Dr Mahathir di dalam kenyataan yang dikeluarkan pada hari ini.

PRK Tanjung Piai yang berlangsung Sabtu lepas menyaksikan pertembungan 6 penjuru di mana calon Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng memenangi semula kerusi parlimen itu dengan memperoleh 25,466 undi, sekali gus mengalahkan calon PH Karmaine Sardini yang memperoleh 10,380 undi.

Manakala calon Gerakan Wendy Subramaniam memperolehi 1,707 undi, calon Berjasa, Datuk Dr Badhrulhisham Abdul Aziz memperoleh 850 undi, sementara dua calon Bebas Dr Ang Chuan Lock mendapat 380 undi manakala Faridah Aryani Abdul Ghaffar sekadar mendapat 32 undi.

Leave a comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Related Articles

AMBM @ MY LNAIsu Semasa @ My LNAJomCheckUTAMA

Benar: Aplikasi Myresq Adalah Inisiatif Bantuan Awal Kepada Mangsa Serangan Jantung

Oleh : JomCheck Talian JomCheck baru-baru ini telah disoal tentang kesahihan sebuah...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Laut Banda

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Laut Banda pada jam...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNADunia @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Timor, Indonesia

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di  Rantau Timor, Indonesia pada...