Home AM MED ANJUR VIPP UNTUK MEMPERKASAKAN USAHAWAN VENDOR BUMIPUTERA
AMniaga

MED ANJUR VIPP UNTUK MEMPERKASAKAN USAHAWAN VENDOR BUMIPUTERA

PUTRAJAYA 7 November 2019 – Selaras dengan Dasar Keusahawanan Nasional 2030 (DKN 2030) untuk merealisasikan Malaysia sebagai sebuah negara keusahawanan unggul menjelang 2030 Kementerian Pembangunan
Usahawan (MED) akan menganjurkan Program Perkongsian Inovasi Vendor (Vendor Innovation Partnership Programme (VIP2)) yang akan diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 12 hingga 13 November 2019.

Foto kredit kepada MED

” Keunikan penganjuran VIP2 adalah penglibatan syarikat anchor termasuklah pemain industri utama yang berpotensi menjadi rakan strategik PPV atau syarikat anchor yang baharu serta vendor untuk bekerjasama di dalam satu program. Melalui program ini juga, MED menyediakan satu platform kepada syarikat anchor dan vendor untuk
mengembangkan perniagaan secara cross-cuting, menyeluruh dan merangkumi pelbagai peringkat rantaian bekalan (supply chain)

VIP2 akan diadakan secara tahunan yang menyediakan platform kepada syarikat anchor dan syarikat vendor untuk mempamerkan pencapaian dan kejayaan mereka sepanjang pelaksanaan di bawah PPV” terang Datuk Wan Suraya Wan Mohd Radzi, Ketua Setiausaha MED di dalam Sesi Taklimat kepada Media Mengenai VIP2 yang diadakan di Putrajaya semalam.

Program tersebut menyasarkan kehadiran lebih 5,000 pengunjung dalam kalangan vendor tempatan dan pemain industri utama dan ia akan dirasmikan oleh YB Timbalan Menteri MED, Datuk Wira Dr. Mohd Hatta Md. Ramli. Di samping itu, 14 Jaguh Nasional dan Serantau yang terdiri daripada syarikat-syarikat vendor yang telah berjaya mengembangkan perniagaan hingga ke peringkat global bagi tahun 2018 akan diraikan pada Malam Aspirasi VIP2 yang akan dirasmikan oleh Menteri MED, YB Datuk Seri Mohd Redzuan bin Yusof.

Turut hadir di Sesi Taklimat kepada Media Mengenai VIP2 tersebut adalah Encik Muniff Kamaruddin, Ketua Pegawai Strategi dan Penjanaan Nilai Celcom Axiata Berhad dan Puan Zuraida Jamaluddin, Ketua Pegawai Kawalselia dan Pembangunan Masyarakat Celcom Axiata Berhad.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPendidikan

CEO@Faculty bukti kolaborasi industri-akademia yang berhasil

Oleh: Dr Syed Bahari Ramadzan Syed Adnan Bidang industri dan akademik merupakan...

AMHighlightsLUAR BANDARMY LNA

Tindakan RISDA bagi membantu pekebun kecil getah hadapi cuaca panas

Sorotan Video Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji...

Alam SekitarAMESGMY LNA

Empat Fokus Utama Malaysia menjadi tarikan utama Negara Anggota Un-Habitat ke arah mencapai Agenda Mampan 2030

NAIROBI, KENYA, 8 Jun 2023 – Penyertaan Malaysia ke Persidangan United Nations...