Home AM Datuk Hajah Rosida binti Jaafar dilantik sebagai KSU KWP baru – Khalid Samad
AM

Datuk Hajah Rosida binti Jaafar dilantik sebagai KSU KWP baru – Khalid Samad

PUTRAJAYA 4 November 2019 – YBhg. Datuk Hajah Rosida binti Jaafar telah dilantik sebagai Ketua Setiausaha Kementerian Wilayah Persekutuan, mulai semalam.

Menurut Menteri Wilayah Persekutuan, YB Tuan Haji Khalid bin Abd. Samad di dalam kenyataan media yang dikeluarkan semalam, YBhg. Datuk Hajah Rosida binti Jaafar berkelulusan Sarjana Sains (Kepujian) Pengurusan Tanah (Pengkhususan Penilaian) daripada University of Reading, England, United Kingdom dan A Level Cardiff, Wales.

“Beliau telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 30 tahun apabila mula menyertai Perkhidmatan Tadbir dan Diplomatik pada 1 Ogos 1989.

Beliau juga berpengalaman di dalam tadbir urus, kewangan dan pembangunan sosio ekonomi melalui penempatan di pelbagai Agensi Kerajaan seperti Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri (JPM), Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi serta Kementerian Wilayah Persekutuan sebagai Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan dan Sosio Ekonomi) sebelum dilantik ke jawatan semasa.” jelas Khalid.

Khalid juga percaya bahawa dengan pengalaman luas dan kredibiliti yang dimiliki oleh Datuk Hajah Roshida, akan dapat membantu Kementerian melaksanakan fungsinya secara lebih strategik dan inklusif di dalam kemajuan dan pembangunan Wilayah Persekutuan keseluruhannya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMPendapat

KENAPA MASIH ADA RAMAI MANGSA BANJIR PALOH TAK TERIMA BANTUAN?

Saya mempunyai senarai nama orang Paloh yang masih belum terima wang bantuan...

AMEkonomiHighlightsMY LNA

Anwar adakan sesi dialog dengan pemimpin perniagaan, badan pengawal selia dan ahli ekonomi

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 – Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Dato’ Seri...

Alam SekitarAMHighlights

Orang ramai diingatkan tidak lakukan pembakaran terbuka

30 Mei 2023 – Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar Dan Perubahan Iklim,...

AMMY LNA

Rodzi Md Saad pengarah baharu MAMPU

PUTRAJAYA, 30 Mei 2023 – Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia...