Home Alam Sekitar Pewartaan Merapoh sebagai HSK kini dalam proses tindakan di peringkat agensi-agensi yang terbabit – Xavier
Alam SekitarAM

Pewartaan Merapoh sebagai HSK kini dalam proses tindakan di peringkat agensi-agensi yang terbabit – Xavier

23 September 2019 – Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. Xavier Jayakumar hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa Kementeriannya mengesahkan bahawa klip video bertajuk #savemerapoh yang tular di laman sosial sejak awal minggu lepas adalah klip video sama yang telah tular pada tahun 2018.

Menurut Xavier kawasan yang dipaparkan di dalam klip video tersebut adalah terletak di Merapoh, Daerah Kuala Lipis, Pahang yang melibatkan tanah milik Perbadanan Kemajuan Pertanian Pahang (PKPP) seluas 668.9 hektar yang asalnya dirancang untuk dijadikan ladang kelapa sawit.

” Pihak Kementerian difahamkan Kerajaan Negeri Pahang telah mengkaji semula cadangan pembangunan tanah di kawasan tersebut pada tahun lalu dan seterusnya membuat keputusan membatalkan pemilikan tanah PKPP di kawasan berkenaan yang melibatkan kawasan seluas 600 hektar. 

Kerajaan Negeri Pahang juga bersetuju membatalkan cadangan penanaman kelapa sawit dan seterusnya bersetuju menjadikan kawasan tersebut sebagai hutan simpanan kekal dan dikelaskan sebagai hutan tadahan air. ” jelas Xavier di dalam kenyataan tersebut.

Tambah Xavier pewartaan kawasan terbabit sebagai HSK kini dalam proses tindakan di peringkat agensi-agensi yang terbabit. Beliau juga berkata kementeriannya amat menghargai keprihatinan orang awam dalam isu ini dan mengalu-alukan sebarang aduan atau pertanyaan mengenai isu-isu hutan.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMHighlightsMY LNAPendidikan

CEO@Faculty bukti kolaborasi industri-akademia yang berhasil

Oleh: Dr Syed Bahari Ramadzan Syed Adnan Bidang industri dan akademik merupakan...

AMHighlightsLUAR BANDARMY LNA

Tindakan RISDA bagi membantu pekebun kecil getah hadapi cuaca panas

Sorotan Video Pertanyaan Lisan Dewan Rakyat YB Datuk Hajah Rubiah Binti Haji...

Alam SekitarAMESGMY LNA

Empat Fokus Utama Malaysia menjadi tarikan utama Negara Anggota Un-Habitat ke arah mencapai Agenda Mampan 2030

NAIROBI, KENYA, 8 Jun 2023 – Penyertaan Malaysia ke Persidangan United Nations...