Home MY LNA AM Saya akan ambil tindakan undang-undang – Salahuddin Ayub
AM

Saya akan ambil tindakan undang-undang – Salahuddin Ayub

22 September 2019 – Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH) , Dato’ Haji Salahuddin Ayub hari ini menafikan bahawa beliau pernah membuat kenyataan berbunyi “bangsa Cina harus diberi peluang untuk mentadbir negara” seperti yang tertera di poster yang tular di media sosial.

Beliau merujuk kepada posting beberapa pengguna Facebook seperti Zam Yahaya, Mohd Ali Yaacob dan Bakhriz Baharom.

“Pada tahun 2017, saya cuma menyatakan bahawa Melayu Singapura telah muncul cemerlang dalam pelbagai sektor utama dan telah mengucapkan tahniah kepada Halimah Yacob kerana diangkat sebagai presiden Melayu kedua dan wanita pertama republik itu.” jelas beliau di dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada hari ini.

Sambil menyifatkan kenyataan tersebut adalah berniat jahat dan merupakan fitnah terhadap beliau, Salahuddin juga memaklumkan bahawa beliau telah meminta peguam beliau mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang terlibat.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Related Articles

AMEkonomi @ My LNAMY LNAPengguna @ My LNAUTAMA

PMX umum subsidi tambahan RM400 juta tangani isu harga beras

Kerajaan akan menyalurkan subsidi tambahan berjumlah hampir RM400 juta dalam rangka memastikan...

AMMY LNAUTAMA

Menteri KKR kongsi visi My Jalan di pentas antarabangsa

3 Oktober 2023 – Menteri Kerja Raya (KKR), Dato Sri Alexander Nanta...

AMKajian SosialMY LNAPendapat @ My LNA

Gaya Rasulullah SAW mengurus kesejahteraan emosi

Oleh: Dr. Aizan Ali@Mat Zin Rasulullah SAW adalah idola umat Islam dalam...