Alam Sekitar @ MY LNA

KUALITI UDARA BERTAMBAH BAIK SETELAH PEMBAKARAN TERBUKA DI KUALA BARAM, MIRI, BERJAYA DIPADAMKAN – MESTECC & JAS

151
Sumber Foto : Utusan Borneo Online

30 OGOS, MIRI – Kualiti udara di Kuala Baram bertambah baik setelah
operasi bersepadu oleh agensi-agensi kerajaan berjaya memadamkan
kebakaran pada 27 Ogos 2019.

Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
(MESTECC) melalui Jabatan Alam Sekitar sentiasa memantau kualiti udara
pada setiap jam.

Stesen pemantauan kualiti udara di ILP Miri dan SK Kuala Baram 2
menunjukkan penurunan bacaan IPU hasil usaha penyelarasan dan tindakan pemadaman kebakaran yang telah dilaksanakan secara bersepadu oleh pelbagai agensi/pihak di peringkat negeri dan persekutuan. Faktor cuaca yang mendung dan hujan sementara dijangka berlanjutan sehingga 31 Ogos ini membantu memadam kebakaran serta melembapkan kawasan sekitar.

Pada jam 10.00 pagi 30 Ogos 2019, Indeks Pencemar Udara (IPU) di Stesen
ILP Miri mencatatkan bacaan 65 iaitu pada tahap sederhana. Manakala Stesen SK Kuala Baram 2 pula telah mencatatkan bacaan 53 iaitu pada tahap sederhana dan 11 stesen lagi menunjukkan bacaan baik dan sederhana.

Bacaan IPU paling tinggi yang telah dicatatkan di stesen ILP Miri iaitu 415 pada 26 Ogos lalu. Peningkatan bacaan IPU secara mendadak adalah disebabkan oleh kebakaran yang berlaku berdekatan dengan stesen pengawasan kualiti udara ILP Miri tetapi keadaan hanya bersifat sementara.

MESTECC telah mengaktifkan Pelan Tindakan Pembakaran Terbuka
Kebangsaan dan Pelan Tindakan Jerebu Kebangsaan pada 2 Ogos 2019 bagi
menyelaras tindakan-tindakan agensi Kerajaan dalam menangani isu
pembakaran terbuka dan menghadapi situasi jerebu negara.

MESTECC menyeru Kerajaan Negeri dan Kerajaan Tempatan serta semua
pemilik tanah supaya memantau secara rapi kawasan-kawasan yang mudah dan sering terbakar seperti tapak pelupusan sampah, hutan, tanah gambut, ladang, kawasan pertanian dan industri. Mereka juga digesa untuk mengambil langkah-langkah mencegah pencerobohan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggung jawab sehingga menyebabkan pembakaran terbuka sama ada untuk tujuan tertentu atau dengan tidak sengaja. Sikap berjaga-jaga ini penting kerana cuaca panas dan kering boleh mengundang kebakaran.

Orang awam diingatkan untuk tidak melakukan pembakaran terbuka yang
mana ia boleh diambil tindakan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, Seksyen 29(A), yang mana boleh dikenakan denda tidak melebihi RM500,000 atau penjara selama tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali. Kompaun maksimum sebanyak RM2,000.00 juga boleh dikenakan atas setiap kesalahan.

MESTECC merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang telah terlibat dalam operasi pemadaman pembakaran terbuka di Kuala Baram khususnya:

i. Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak;
ii. Pejabat Residen Miri;
iii. Pejabat Daerah Miri;
iv. Jabatan Bomba dan Penyelamat;
v. Jabatan Alam Sekitar (JAS);
vi. Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia (JMG);
vii. Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB);
viii. Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS);
ix. Majlis Perbandaran Miri;
x. Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA);
xi. Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (MMEA);
xii. Angkatan Pertahanan Awam (APM);
xiii. Angkatan Tentera Malaysia (ATM);
xiv. Pasukan Emergency Response Naim Holdings Sdn. Bhd. (ERT Naim);
dan
xv. Shin Yang Sdn. Bhd.

KEMENTERIAN TENAGA, SAINS, TEKNOLOGI, ALAM SEKITAR DAN PERUBAHAN IKLIM

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

Alam Sekitar @ MY LNAAMBM @ MY LNAUTAMA

Kutipan Sisa Pepejal Meningkat 3,600 Tan Metrik Pada Bulan Ramadan

KUALA LUMPUR, 2 April 2024 – Alam Flora Sdn Bhd (Alam Flora)...

Alam Sekitar @ MY LNAAMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Pertandingan DIY Made Simple 2024 Wonder Waste Creations: Paper & Plastic Edition

KUALA LUMPUR, 15 Mac 2024 – Pendaftaran bagi pertandingan tahunan DIY Made...

Alam Sekitar @ MY LNAAMBM @ MY LNAUTAMA

Hari Paus Sedunia : Kesedaran dan Perlindungan

Oleh : Jabatan Perikanan Malaysia Ikan Paus salah satu mamalia terbesar di...

Alam Sekitar @ MY LNAAMBM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNAUTAMA

Gempa bumi kuat di Rantau Sempadan Kyrgyzstan-Xinjiang

Satu kejadian gempa bumi kuat bermagnitud 7.0 berlaku di Rantau Sempadan Kyrgyzstan-Xinjiang...