AMPendidikan @ My LNA

Dr. Maszlee diutus khas bertemu Raja Salman Abdulaziz Al Saud oleh Tun Dr Mahathir

158

PUTRAJAYA 4 November 2019 – YAB Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengutus Menteri Pendidikan YB Dr. Maszlee Malik bertemu dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud semalam bagi membincangkan isu-isu berkaitan melibatkan kedua-dua negara termasuk yang melibatkan kerjasama dalam bidang pendidikan.

Menteri Pendidkan YB Dr. Maszlee Malik bersalam dengan Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud . Foto kredit kepada Pejabat Menteri Pendidikan

Di samping itu Dr Maszlee juga berkesempatan mengadakan pertemuan dengan Menteri Pendidikan Saudi, Dr Hamad bin Mohammed Al Shaikh bagi membincangkan pertukaran idea dan kemampuan antara Malaysia dan Arab Saudi.

Menteri Pendidkan YB Dr. Maszlee Malik bergambar bersama Menteri Pendidikan Saudi, Dr Hamad bin Mohammed Al Shaikh. Foto kredit kepada Pejabat Menteri Pendidikan

” Kami saling bertukar pandangan dan buah fikiran tentang sistem pendidikan di negara masing-masing. Dan yang lebih penting, Kementerian Pendidikan Saudi telah memutuskan untuk memberikan 300 biasiswa kepada mahasiswa dan mahasiswi Malaysia. Tumpuan biasiswa ini adalah kepada bidang sains dan teknologi. Arab Saudi juga sedang menyusun para guru mereka daripada 3 subjek iaitu English, Matematik dan Sains untuk dihantar dan dilatih di Malaysia bagi mempersiapkan sistem pendidikan mereka menghadapi Pendidikan Abad Ke-21

Kita cukup berbesar hati menerima penghormatan sebegini, dan amat sudi untuk berbagi pengalaman bersama mereka. Para guru mereka boleh mengambil pengalaman tinggal dalam budaya masyarakat Malaysia dan turut menyumbang dalam pembelajaran anak-anak kita di sekolah. ” jelas Dr Maszlee di satu kenyataan di Facebook beliau.

Tambah Dr Maszlee lagi, pertukaran suasana sebegini merupakan satu inisiatif yang baik untuk meluaskan lagi spektrum pemikiran antara rakyat Malaysia dan Arab Saudi dan menyemarakkan aktiviti silang budaya.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNA

Pusat Asean-Jepun Melancarkan Semula Laman Web Rasmi: Pangkalan Data Baharu Dan Kandungan Temu Bual Ditambah

TOKYO, 7 Mei 2024 (Bernama) — Pusat ASEAN-Jepun (AJC) memperbaharui laman web rasminya...

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan secukupnya?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Laporan daripada Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran...

AMBM @ MY LNAPerladangan & Komoditi @ My LNAUTAMA

KitKat® Dark 52% guna 100% biji koko Malaysia

NILAI. 6 Mei 2024 – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari...

AMBM @ MY LNA

“DIA”, dokumentari biografi terbaharu terbitan RTM

KUALA LUMPUR, 6 Mei 2024 – Dinamika gabungan 5 penerbit berpengalaman daripada...