AMPendidikan @ My LNA

Dakwaan yang menyatakan kekurangan guru adalah tidak tepat – KPM

113

PUTRAJAYA 2 November 2019 – Laporan akhbar Berita Harian
pada 31 Oktober 2019 dan 1 November 2019 yang mendakwa bahawa berlaku isu kekurangan guru akibat tiada unjuran keperluan guru
adalah tidak tepat.

Screenshot dari Laporan Berita Harian bertarikh 31 Oktober 2019

Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui kenyataan yang dikeluarkan semalam, KPM melaksanakan pengisian guru dari semasa ke semasa dalam kalangan graduan pendidikan lepasan Institusi Pendidikan Guru /universiti awam di mana ia tertakluk kepada kekosongan jawatan dan keperluan opsyen mata pelajaran dan urusan ini dilaksanakan oleh KPM melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP) sepanjang tahun. Sehingga Oktober 2019 , peratus pengisian jawatan guru adalah sebanyak 97%.

” KPM sentiasa membuat pengiraan unjuran keperluan guru untuk tempoh lima (5) tahun dengan mengambil kira pelbagai opsyen dan jenis sekolah di seluruh Malaysia. Pengambilan pelajar ke Program Ijzah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) adalah berdasarkan pengiraan unjuran yang ditetapkan oleh KPM.

KPM juga ingin menegaskan bahawa pengisian guru adalah berdasarkan keperluan dan tidak menjejaskan pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Kekurangan guru adalah bersifat sementara, antaranya disebabkan faktor luar jangka seperti persaraan pilihan, meninggal dunia, cuti separuh gaji dan tanpa gaji yang melebihi setahun, kursus yang melebihi setahun, ditamatkan perkhidmatan dan berhenti kerja atau letak jawatan” jelas KPM di kenyataan tersebut.

Tambah KPM, pihak Kementerian juga melaksanakan pelantikan guru secara interim dalam kalangan graduan pendidikan daripada Universiti Awam /Institut Pengajian Tinggi Swasta dan graduan pasaran terbuka bagimengatasi isu kekurangan guru bagi mata pelajaran tertentu.

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAPendapat @ My LNAPendidikan @ My LNAUTAMA

Benarkah kanak-kanak di Malaysia tidak mendapat pendidikan secukupnya?

Oleh: Dr Abd Razak Zakaria Laporan daripada Bank Dunia berkaitan kualiti pembelajaran...

AMBM @ MY LNAPerladangan & Komoditi @ My LNAUTAMA

KitKatĀ® Dark 52% guna 100% biji koko Malaysia

NILAI. 6 Mei 2024 – Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari...

AMBM @ MY LNAPendidikan @ My LNASekuriti Makanan @ My LNASukarelawan @ My LNAUTAMA

Mahasiswa UM menyelamat sayur dan buah-buahan

Menurut laporan dari Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), Malaysia...