AMPendidikan @ My LNA

Anak-anak murid perlu berfikir secara kritis dan kreatif – Dr. Maszlee

188

KUALA LUMPUR 31 Oktober 2019 – Anak -anak murid perlu diajar supaya boleh berfikir secara kritis dan kreatif serta perlu diberi peluang untuk menyelesaikan masalah secara alami (experiental) dengan menggunakan pendekatan yang pelbagai.

Ketika berucap di Karnival Pendidikan Komuniti PIBKS & Best of The Best Showcase Project Based Learning (PBL) 2019 yang berlangsung di High Convention Centre, Sentul, Kuala Lumpur semalam, Menteri Pendidikan YB Dr. Mazlee Malik turut memetik petikan dari buku ‘The Future Shock’ karya Alvin Toffler yang berbunyi “The illiterate of the 21st Century will not be those who cannot read and write but those who cannot learn, unlearn and relearn. We spent a long time teaching our children the structure of the government or the amoeba, but how much effort goes into studying the structure of everyday life, places to go for help in a society exploding with complexity.”

“Hari ini kita bukan saja bercakap tentang dunia ‘VUCA’ tetapi dunia ‘RUPT’ (Rapid, Unpredictable, Paradoxical and Tangled’). Perubahan demi perubahan yang berlaku secara pantas, tidak menentu dan penuh dengan paradox serta kekusutan, memerlukan cara penyelesaian masalah secara merentas disiplin, berkolaborasi secara berkesan dan saling bersandaran.

Anak-anak murid kita di sekolah perlu diajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif, diberi peluang untuk menyelesaikan masalah secara alami (experiential) serta pendekatan yang pelbagai, dan yang paling penting menerapkan nilai-nilai murni serta kepercayaan bahawa apabila kita membuat keputusan untuk mengubah kehidupan orang lain kepada yang lebih baik, kita akhirnya akan berjaya mensejahterakan agama, bangsa dan negara pada masa hadapan.” jelas Dr Maszlee.

Beliau juga melahirkan rasa bangga atas kejayaan dan pencapaian murid-murid dalam melaksanakan Project Based Learning (PBL) tersebut yang selaras dengan hasrat beliau bagi mengembalikan cinta dalam pendidikan dan menjadikan sekolah untuk komuniti. PBL merupakan salah satu langkah terbaik dalam menyatukan pihak komuniti dan swasta dengan sekolah untuk sama-sama membangunkan kemenjadian murid secara holistik dan ia selaras dengan 6 aspirasi murid dan anjakan ke-9 Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025 iaitu Pelibatan Ibu Bapa, Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS).


Jurufoto Anuar

Leave a comment

Please Login to Comment.

Member

Related Articles

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

AI Untuk Rakyat tepati konsep maqasid al-syari’ah

Oleh: Dr Ariyanti Mustapha Perkembangan teknologi yang berasaskan kecerdasan buatan atau AI...

AMBencana Alam @ My LNABM @ MY LNAGempa Bumi @ My LNA

Gempa bumi sederhana di Rantau Taiwan

Satu kejadian gempa bumi sederhana telah berlaku di Rantau Taiwan pada pukul...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Beragamalah dengan ilmu

Oleh: Prof Madya Dr Mohd Anuar Ramli Pada masa kini, umat Islam...

AMBM @ MY LNAKajian Sosial @ My LNAPendapat @ My LNAUTAMA

Wasatiyyah kunci rumah terbuka Aidilfitri lestari

Oleh: Dr. Mohd Istajib Mokhtar Barangkali, Malaysia merupakan antara negara Islam paling...