BENTONG 20 Februari 2021 – Tinjuan susulan oleh Menteri Kanan Kerja Raya Dato’ Sri Haji Fadillah Haji Yusof ke kawasan cerun runtuh di laluan FT218 Seksyen 3.0, Jalan Bentong–Raub (Lama) pada hari ini mendapati bahawa kerja-kerja pembaikan cerun sedang dilaksanakan dengan menggunakan kaedah “Armour Rock, Rockfill and Built Back Slope”.
“Kerja-kerja pengalihan sementara utiliti seperti laluan paip, kabel dan tiang elektrik di tapak kerja juga telah selesai dilaksanakan hasil perbincangan dan mesyuarat bersama wakil Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia (TM) dan Pengurusan Air Pahang Berhad (PAIP).
Pihak kontraktor telah memasang kelengkapan Pelan Pengurusan Trafik (Traffic Management Plan-TMP) seperti papan tanda amaran, speed limit sign’, ‘lightweight movable barrier’, ‘blinker’, dan ‘string delineators’ di tapak kerja bagi memudahkan pembersihan sisa runtuhan dan penebangan pokok.
Pintas Utama Sdn. Bhd. merupakan syarikat kontraktor yang bertanggungjawab melaksanakan Kerja pembaikan cerun yang bernilai RM3 juta ini. Kerja-kerja dimulakan pada 12 Januari 2021 dan dijangka siap pada 10 Jun 2021.” kata Kementerian Kerja Raya (KKR) di dalam satu kenyataan media yang diedarkan hari ini.
- Planetarium Labs Unveils Season 2 of Immortal Rising 2: Path of Ascension Campaign with Enhanced Competitive Gameplay
- AIM Vaccine has obtained clinical approval for two heavyweight products, creating new growth points for performance
- Ministry of Commerce partners with renowned chef Wolfgang Puck to elevate Thai SELECT’s global recognition
- Shopee Rai Lokal Strengthens Local Communities, Drives Digital Economy
- Jockey Club Multiple Pathways Initiative – CLAP-TECH Pathway Reveals Latest Talent Survey Results in Information and Communications Technology and Creative Media Industries
Menurut KKR lagi, sehingga 17 Februari 2021, status Kemajuan Kerja Fizikal adalah sebanyak 24% mendahului jadual (19%).
“Kini, kerja ditapak telah memasuki fasa pembaikan cerun dengan dimulakan dengan kerja-kerja memperkukuh struktur tapak di kaki cerun.
Kerja-kerja “armourrock” sedang dijalankan dengan menggunakan bongkahan batu besar sebagai asas bagi kerja pembaikan cerun” jelas KKR.
Pada 6 Januari lalu, Menteri Kanan Kerja Raya telah mengadakan pemeriksaan di jalan-jalan Persekutuan dan lebuhraya yang terkesan akibat banjir di NegeriPahang.
Kejadian yang dilaporkan berlaku pada 3 Januari 2021 itu berpunca daripada hujan berterusan di lokasi tersebut dan berlaku limpahan air dari pembentung paip bersaiz 1500 mm diameter ke permukaan pavemen jalan mengakibatkan laluan sedia ada telah terputus sepenuhnya.
We love to bring you advertisement-free news and updates. To support us to make this view clutter-free, you can donate to our PayPal Account $5 to keep us busy.
Leave a comment