18 Februari 2021 – Bagi tahun 2021 ini, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) memperuntukkan RM300,000.00 menggunakan peruntukan sedia ada bagi membantu pelaksanaan program seni budaya NGO melalui Insentif Seni-Kewangan di mana inisiatif tersebut akan dibuka sebanyak 3 (tiga) kali kepada NGO mulai penghujung Februari 2021, bulan Jun dan September 2021 selama dua (2) minggu.
Menurut Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) Dato’ Sri Hajah Nancy Shukri di dalam ucapannya di Majlis Apresiasi Seni JKKN 2021 yang diadakan secara atas talian hari ini, bagi tahun 2020, sebanyak 80 permohonan Insentif Seni diterima oleh JKKN.
- Bend so you don’t break
- New Directions East Asia 2024: Exploring the Transformative Role of Language Assessment on Education and Society
- Get Wild about the Festive Season with ChristmasVille Furry Monsters Unleash Holiday Fun at Pacific Place and Starstreet Precinct
- UFC® FIGHT NIGHT MACAU at Galaxy Macau A Thrilling Night of Fights Set for Galaxy Arena on November 23
- HKPC Wins Gold Award in Government PR Category at 20th China Golden Awards for Excellence in Public Relations
“Daripada jumlah tersebut, 52 permohonan adalah untuk Insentif Kewangan dan 28 permohonan lagi untuk Insentif Ruang. Hasil tapisan dan pertimbangan Jawatankuasa Insentif Kewangan, sebanyak 25 permohonan Insentif Kewangan diluluskan kepada 25 NGO dengan jumlah keseluruhan RM286,500.00. Manakala sebanyak 27 permohonan penggunaan ruang di kompleks JKKN secara Kerjasama Strategik kepada 17 buah NGO telah diluluskan. Kerjasama Strategik ini memboleh NGO dikecualikan daripada membayar sewaan penggunaan ruang di kompleks JKKN seluruh Malaysia.
Untuk tahun 2021 ini, JKKN memperuntukkan RM300,000.00 menggunakan peruntukan sedia ada Jabatan bagi membantu pelaksanaan program seni budaya NGO melalui Insentif Seni-Kewangan. Insentif Seni-Kewangan akan dibuka sebanyak 3 (tiga) kali kepada NGO mulai penghujung Februari 2021, bulan Jun dan September 2021 selama dua (2) minggu.” kata Nancy.
Tambah beliau, insentif tersebut merupakan sebahagian daripada usaha MOTAC yang sentiasa komited membantu dan memberi sokongan kepada para penggiat dan pemain industri dalam merancakkan lagi industri seni budaya negara.
“Saya amat berharap agar para penggiat dan pemain industri seni budaya tidak berputus asa dan dapat menerima serta menyesuaikan diri dalam norma baharu dalam melaksanakan aktiviti seni budaya. Ia merupakan adaptasi baharu yang perlu diterima dan diamalkan dalam usaha memastikan industri ini terus berjalan dan bersemarak dalam apa jua keadaan.
Insha Allah, kita berdoa agar tahun 2021 akan menjadi tahun yang lebih progresif untuk kita semua memulihkan semula ekonomi negara menerusi Industri pelancongan seni dan budaya. Terima kasih kepada penggiat-penggiat industri seni budaya. Semoga sinergi positif dapat kita perkukuhkan.” kata Nancy.
Majlis Apresiasi Seni JKKN 2021 tersebut diadakan secara atas talian dengan berkonsepkan revolusi industri digital 4.0 dan telah dilancarkan oleh Nancy. Turut hadir adalah Dato’ Dr. Noor Zari Bin Hamat, Ketua Setiausaha, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya dan Tuan Haji Mesran Bin Mohd Yusop, Ketua Pengarah, Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.
Antara pengisian sempena majlis itu adalah Pelancaran Kalendar JKKN 2021, Pelancaran TV JKKN dan Majlis Penghargaan kepada 16 Badan Bukan Kerajaan (BBK) Seni Budaya yang terpilih.
Pada tahun 2021, JKKN akan melaksanakan Program Pelancongan Budaya melibatkan enam (6) negeri iaitu Pesta Angin Timur, (Perlis), Festival Kesenian Rakyat Kelate, (Kelantan), Festival Kota Selatan, (Johor), Festival Permainan Malaysia, (Kuala Lumpur), Rhythms of Kinabalu, (Sabah) dan Festival Gendang (Sarawak). Program tersebut akan dilaksanakan secara dalam talian dan jika keadaan diizinkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Kerajaan selepas Oktober 2021, ia akan dilaksanakan secara fizikal tetapi mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Leave a comment